Monday, March 23, 2009

Last Night

Poster konsert

Seperti yang dirancang, dapat juga aku pergi ke konsert amal manis di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) semalam. Aku pergi dengan 4 orang lagi sahabat aku, Badung, Teronoh, Pejal & Ipe. Pengangkutan sponsored by “Kancil” Badung. Seperti yang aku katakana sebelum ini, aku bukanlah peminat yang fanatik dengan nasyid ni, tapi ak dengar dan mengambil iktibar dari apa yang didengari. Konsert nasyid pada kali ini mengumpulkan 4 kumpulan nasyid yang agak popular iaitu In-Team, Devotees, Far-East dan Nice.

Antara penampilan istimewa pada konsert nasyid kali ini ialah, setiap kumpulan nasyid perlu menampilkan kelainan pada persembahan mereka dan mengekalkan tema pada malam itu iaitu sempena bulan kelahiran Nabi Muhammad & penderitaan rakyat Palestin. Antara lain yang menghiburkan hati aku pada malam itu ialah pengacara majlis pada malam itu ialah saudara Amin Idris. Dia ialah antara senior yang terkenal di sekolah aku dulu.


Selain itu, kumpulan In-Team telah menerbitkan album mereka yang terbaru iaitu “Allahu Rabbi”. Apa lagi, kawan aku Badung yang minat kat In-Team tu terus beli album itu selepas selesai persembahan. Kumpulan Far-East juga mempromosikan produk terbaru mereka iaitu roti pelbagai jenis dengan jenama “Far-East Bakery”. Fuh,, laris jugak jualan pada malam tu. Selesai sahaja konsert itu pada tepat jam 12 malam, kami semua pergi bergambar dengan kumpulan nasyid yang membuat persembahan tadi. Kami balik ke Jalan Klang Lama semula pada jam 1 pagi. Apa yang terjadi selepas itu?? Hanya kami berlima sahaja yang tahu.. huhuh.



Bergambar dengan In-Team reunited


Pengacara majlis konsert, Abe Amin Idris (pakai baju hijau). Sebelah kanan abe Amin pulak ialah Abe Fadhil, ore sedak di UKM tu.


kawe, pejal,teronoh..


Ni bukti badung beli CD baru In-Team dan ambik autograf kat CD tu. Dapat poster free pulak tu.
p/s : Teronoh pun nampak kat belakang sana, tepi brader yang tutup mulut. hehee



Bergambar dengan solo kumpulan Nice, Takiyuddin (tapi kt UKM org pggil Taki jah, ore Kelate jugok tu).


Dua lagi anggota kumpulan Nice