Friday, January 29, 2010

DULU LAIN SEKARANG LAIN

Dulu, orang suka tulis pengalaman dalam diari dan simpan tak bagi orang lain tengok (biasanya orang perempuan). Diari tu disimpan tak bagi orang lain tengok. Kalau ada orang tertengok diari pun marah (padahal nak tengok nama siapa punya). Tapi sekarang, sejak ada blog di alam maya ni, ramai pulak orang tulis pengalaman dan cerita-cerita yang berlaku seharian dalam blog supaya semua orang dapat tahu, satu dunia tahu. Kalau boleh nak cerita setiap detik setiap peristiwa dalam blog tu. Pastu letak macam-macam gambar pelbagai ragam. Hhmmm...



*mungkin ada yang akan sangkal dengan statement ni, lantak ah.

Monday, January 25, 2010

STRESS

CARA MENGENDALIKAN STRESS


1. MENGENALI DIRI SENDIRI

. Menerima kelemahan atau kekurangan pada diri sendiri.

. Mengetahui kebolehan diri. Mempunyai matlamat yang boleh dicapai. Membuat pilihan yang sesuai.

2. MERANCANG KERJA ANDA

. Menentukan keutamaan dan pengagihan masa

. Menyesuaikan diri dalam kerja.

3. MEMBUAT KEPUTUSAN DENGAN BAIK

. Buat keputusan hanya setelah mengkaji semua pilihan.

. Jangan terlalu mengikut perasaan bila membuat keputusan.

4. BERKONGSI MASALAH

. Berbincang dengan orang yang boleh anda percayai sperti ibu bapa, guru, suami. kawan rapat, penyelia dll.

5. MENJAGA KESIHATAN

. Makan makanan yang seimbang

. Melakukan senaman dan tidur yang cukup.

. Mempelajari cara-cara untuk menenangkan diri (seperti teknik relaksasi).

6. MEMBINA KELUARGA BAHAGIA

. Memberi cukup masa untuk bersama dan bermesra dengan keluarga.

7. SOKONGAN DARI KAWAN