Showing posts with label IKLAN. Show all posts
Showing posts with label IKLAN. Show all posts

Thursday, December 3, 2009

HIMPUNAN


HIMPUNAN SOKONG KEPIMPINAN NIK AZIZ - harakahdaily

KOTA BHARU, 3 Dis: Penerangan PAS Kelantan menyeru orang ramai hadir pada program himpunan menyokong kepimpinan Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, yang bakal diadakan esok, 4 Disember.

Program berkenaan dijangka bermula pukul 10.20 pagi sejurus selepas kuliah Jumaat, di Medan Ilmu, Jalan Dato’ Pati, di sini (perkarangan Pejabat Perhubungan PAS Negeri).

Ketua Penerangan PAS Negeri, Ustaz Ahmad Baihaqi Atiqullah, ketika memberitahu media semalam berkata himpunan berkenaan diadakan bagi menyokong kepimpinan Tuan Guru sebagai Menteri Besar yang tidak berbelah bagi.

“Memandangkan kini ada pihak yang mendesak Tuan Guru supaya melepaskan jawatannya, sebaliknya pula kita akan mempertahankan Tuan Guru agar tidak berbuat demikian.

“Kita akan menganjurkan program ini semata-mata untuk menyatakan sokongan kita terhadap kepimpinan Tuan Guru,”ujarnya.

Sambungnya, tidak ada sebab Tuan Guru harus melepaskan jawatannya memandangkan kepimpinan beliau masih diperlukan disamping ketokohannya yang sukar dicari ganti.

Sehubungan itu, beliau menyeru orang ramai hadir untuk menyatakan pendirian berkenaan pada program yang dianjurkan Badan Perhubungan PAS Negeri itu.

“Pada mereka yang mengikuti kuliah Jumaat Tuan Guru, kita minta mereka menunggu untuk seketika bagi menjayakan program tersebut,”ujarnya.

Sebelum ini, kumpulan yang dikenali sebagai Jemaah Perihatin Rakyat Kelantan yang turut disertai pemimpin Umno Bahagian Pasir Mas diketuai ketuanya, Che Johan Che Pa, telah menyerahkan memorandum kepada Menteri Besar supaya meletakkan jawatannya.

Bagaimanapun perhimpunan tersebut dianggap gagal apabila impian Umno menghimpunkan 2,000 penyokong hanya disertai kira-kira 100 orang sahaja.

Biar pun media harian kelihatan sepakat melaporkan lebih 1,000 orang hadir pada perhimpunan di depan Kota Darulnaim, namun ia tidak mampu memperbodohkan orang ramai yang menyaksikan ‘drama’ tersebut.

Semalam, Dewan Pemuda PAS negeri, telah menyatakan sokongan mereka terhadap kepimpinan Tuan Guru dalam sidang mereka tersebut yang diketuai Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri, Ustaz Baihaqi.

Pada masa yang sama, Naib Ketuanya, Hisyam Fauzi, mengucapkan terima kasih kepada kepada pasukan keselamatan terutama Ketua Polis Kelantan, Datuk Abdul Rahim Hanafi yang turut turun padang meninjau perkembangan di hari perhimpunan berkenaan diadakan.

Menurut Hisyam, tekanan yang diberikan begitu kuat terhadap kepimpinan Kelantan, terutama pada Tuan Guru adalah untuk mengalihkan isu kerisis kepimpinan dalam Barisan Nasional (BA) terutama Umno dan MCA.

“Kerana integriti Tuan Guru yang tersenarai diantara 42 dari 500 orang pemimpin Islam di peringkat dunia juga menyebabkan mereka cemburu, kerana itu menciptakan pelbagai isu untuk memburukkan imejnya,”ujarnya.

Saturday, May 23, 2009

KAMPUS SATELIT

Terbaca dalam Utusan Malaysia pasal kampus Puncak Alam UiTM Shah Alam petang tadi. Fasa pertama pembinaan kampus Puncak Alam ini sudah siap dan bakal dihuni tidak lama lagi. Ia bakal dihuni oleh 4000 pelajar di 12 blok kediaman tujuh tingkat seakan pangsapuri mewah. Pada semester hadapan ini, kampus ini akan dimasuki oleh pelajar-pelajar dari Fakulti Sains Kesihatan, Farmasi, dan Pengurusan & Teknologi. Pembinaan fasa kedua dijangka selesai pada tahun2012.


Jadi, secara automatik ak juga akan berpindah ke sana sem depan. Banyak khabar berita yang indah2 di hebohkan pasal kampus Puncak Alam ini dan diharapkan semuanya benar belaka, bukannya retorik semata-mata.


Selebihnya biarlah gambar pula bercerita. (gambar ni ak copy dari laman ape ntah x ingat).


Tower yg paling tinggi di UiTM Puncak Alam



Fakulti Farmasi


Kemudahan disediakan


Kolej Refllesia


Yang atas sana tu kolej, memang banyak anak tangga kene turun naik la untuk ke kedai


Bilik tidur


Kafeteria


Ini adolah bukti projek org BN.


Diharapkan semua yg dilihat adalah benar semuanya, bukannya indah khabar dari rupa.

*mitop2 la ak dapat bawak moto DBE7324 ak tu sano, baru mudoh nok musafir cket*

Thursday, March 12, 2009

KONSERT!!


"Alhamdulillah, ssebuah program kemuncak Dimensi Kesenian Islam II (DKI II) iaitu Konsert Amal MANIS V anjuran Ikatan Studi Islam Universiti Kebangsaan Malaysia (ISIUKM) dengan kerjasama Aman Palestin Berhad, NasyidFM dan Pusat Kebudayaan UKM akan dilangsungkan pada hari Sabtu bersamaan 21 Mac 2009. Antara artis-artis yang akan membuat persembahan pada malam itu ialah Nice, Devotees, Far-East dan Inteam. Melalui konsert ini kalian semua akan berpeluang berhibur sambil menderma dengan lagu-lagu baru dan kelainan yang tersendiri daripada artis-artis jemputan, penampilan istimewa daripada Firasat Inzar UKM, identiti, tema dan konsep Konsert Amal MANIS V daripada warga Famili DKI II dan ISIUKM."

Aku bukanlah warga penganjur untuk konsert ini tapi hanya membantu mem"promote"kan dan menghangatkan lagi bahang konsert ini. Walaupun aku bukanlah peminat setia nasyid ni, tapi ak tetap menyokong kerja2 amal dan baik seperti ini. Bak kata Jaha dalam movie Budak Kelantan : "Kito nie kalu jahat setaro mano pun, tok payoh halang ore nok buat baik". Jadi, aku harap dapat pergi di UKM pada 21hb nie bersama-sama dengan kawan2 ak, terutamanya Badung dan Tronoh (2 orang rakan ku yang fanatik dengan nasyid). Lagi pun, harga tiket pun murah, hanya RM6 je.. Okey, chow dulu..

Untuk maklumat lanjut, layari.. dki2isiukm.blogspot.com