Thursday, March 12, 2009

KONSERT!!


"Alhamdulillah, ssebuah program kemuncak Dimensi Kesenian Islam II (DKI II) iaitu Konsert Amal MANIS V anjuran Ikatan Studi Islam Universiti Kebangsaan Malaysia (ISIUKM) dengan kerjasama Aman Palestin Berhad, NasyidFM dan Pusat Kebudayaan UKM akan dilangsungkan pada hari Sabtu bersamaan 21 Mac 2009. Antara artis-artis yang akan membuat persembahan pada malam itu ialah Nice, Devotees, Far-East dan Inteam. Melalui konsert ini kalian semua akan berpeluang berhibur sambil menderma dengan lagu-lagu baru dan kelainan yang tersendiri daripada artis-artis jemputan, penampilan istimewa daripada Firasat Inzar UKM, identiti, tema dan konsep Konsert Amal MANIS V daripada warga Famili DKI II dan ISIUKM."

Aku bukanlah warga penganjur untuk konsert ini tapi hanya membantu mem"promote"kan dan menghangatkan lagi bahang konsert ini. Walaupun aku bukanlah peminat setia nasyid ni, tapi ak tetap menyokong kerja2 amal dan baik seperti ini. Bak kata Jaha dalam movie Budak Kelantan : "Kito nie kalu jahat setaro mano pun, tok payoh halang ore nok buat baik". Jadi, aku harap dapat pergi di UKM pada 21hb nie bersama-sama dengan kawan2 ak, terutamanya Badung dan Tronoh (2 orang rakan ku yang fanatik dengan nasyid). Lagi pun, harga tiket pun murah, hanya RM6 je.. Okey, chow dulu..

Untuk maklumat lanjut, layari.. dki2isiukm.blogspot.com

No comments: