Thursday, September 9, 2010

PANTUN RAYA 2010

Di alam bloggerz ini, saya mengambil kesempatan untuk berpantun sempena aidilfitri yang kita sambut ini setelah sebulan berpuasa...


(Abah dan Ummi)

Sayu hati mendengar takbir raya,

Ketika di kampung halaman,

Pohon maaf di pagi raya,

Itu sahaja yang anaknda harapkan.


(Sahabat-sahabat Falahiah)

Mohon maaf dari diri ku,

Harap maaf dari hati ke hati,

Sek kito jange wak tok ingat gitu,

Bilo pulok nok wak reunuion lagi.


(Sahabat-sahabat UiTM)

Afiq Ruslan dipanggil Badung,

Terkenal dengan ‘WHE’ kesayangan,

Ramadhan sudah sampai ke penghujung,

Syawal datang tanda kemenangan.


(Sahabat-sahabat seperjuangan)

Kanak-kanak bermain bunga api,

Seronoknya bukan main lagi,

Banyak perkara telah terabai,

Harap boleh diperbetulkan lagi.


Selamat hari raya aidilfitri kepada semua yang mengenali diriku ini.

Maaf zahir dan batin.

Harap apa yang dirancang dipermudahkan oleh Allah.

3 comments:

Wan Ahmad Faiz said...

selamat hari raya..maaf zahir batin weh..0-0 la lepas ni ek..huhu

nmhafiz said...

kreatif r mu...deki aku..

En. Hamdi said...

camak rayo naQiu....sedak pantun demo..hihi...muhammad hamdi likes this..