Wednesday, November 23, 2011

KERAJAAN LIPAT!

Memetik ucapan YAB Menteri Besar Kelantan di majlis Perasmian Publisiti dan Penyertaan Awam di Kota Bharu tengah hari tadi, - "Kelantan sejak sekian lamanya bukan sahaja tidak diberi keadilan dalam laporan media arus perdana, sebaliknya sering menjadi bahan fitnah. Pelbagai program kebajikan yang dilakukan oleh kerajaan Kelantan tidak pernah diberikan liputan yang adil sebaliknya dicari ruang kelemahan sekalipun kecil namun diperbesarkan untuk memberikan gambaran negatif. Sikap ini tidak ubah seperti lalat yang hanya gemar hinggap di tempat yang kotor dan menyebarkan penyakit.."

Merujuk kepada ucapan Tok Guru diatas, sebenarnya sudah lama ketidakadilan berlaku dalam arus politik di negara Malaysia ini. Negara Malaysia ni kata sahaja guna sistem demokrasi, tapi tak demokrasi sepenuhnya pun. Kalau sistem demokrasi sudah pasti pihak kerajaan akan berlaku adil dalam setiap perkara dan membiarkan rakyat yang menilai dan memilih kerajaan yang mereka inginkan.

Saya mengambil contoh yang mudah kita lihat dan menilai dalam kehidupan kita seharian. Pertamanya adalah Akhbar di negara Malaysia ini. Jika kita ambil akhbar hari ini ataupun semalam ataupun esoknya, pasti kita akan disajikan dengan berita-berita tentang pemimpin dari kerajaan, bermula dari Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri dan seterusnya. Jarang pula ada berita dari pemimpin dari yang digelar pihak pembangkang seperti Menteri Besar dan lain-lain sedangkan berita mereka juga harus diulas kerana mereka juga adalah pemimpin yang memimpin di Malaysia ini. Itu tidak dikira dengan berita-berita yang tidak berasas tanpa bukti yang dilaporkan oleh akhbar di negara kita ini.

Keduanya penyampaian maklumat melalui televisyen. Sama juga seperti akhbar yang saya katakan tadi, cuba lah lihat berita-berita yang disampaikan oleh televisyen. Hanya memihak kepada sebelah pihak sahaja iaitu pihak kerajaan. Jarang ada berita-berita yang disiarkan di beberapa negeri yang diperintah oleh pihak pembangkang. Kalau ada pun pasti berita itu berita yang mengaibkan. Kalau betullah nak mengatakan mengamalkan sistem demokrasi, seharusnya berita disampaikan secara telus, adil dan saksama.


Gambar pisau lipat sebagai hiasan sahaja

Cukuplah sekadar 2 contoh yang boleh kita lihat dalam kehidupan seharian kita ini. Jika kita betul-betul rakyat yang boleh berfikir, fikirlah sejenak tentang apa yang saya ingin katakan. Ini adalah pendapat saya sendiri dan anda yang membaca tulisan saya ini mungkin mempunyai pendapat sendiri. Jadi luahkan pendapat anda itu.


1 comment:

As Syabab Mujahidin said...

ketidakadilan telah lama wujud dlam monarki kerjaan melaysia,media dipolitikkan kerajaan yg mnjdi senjata utama dalm arena politik ngara,ngeri dbwah pyung pembngkang dianaktirikan,namun harus ingat rkyat skrang tdk mudah utk ditewaskan oleh mreka lgi,pertmbuhan media lain mnjdi teras kemngan pihak yg benar,harimau malaya tidak akan mudah tewas dlm arena politik negara!