Friday, November 27, 2009

TOK GURU DI MATA DUNIA

Tempat : Sebuah kedai kopi di Kuala Selangor
Masa : 7.00 pagi


Sebuah kedai kopi yang kecil terletak betul-betul di tepi jalan didatangi oleh 2 pemuda (aku dan sahabat yang diingati selalu). Kami menunggu makanan yang ditempah untuk dibawa balik. Sambil menunggu kami order roti canai kosong (memang sedap beb). Hari semakin cerah dan semakin ramai pelanggan di kedai kopi itu datang. Suasana di kedai itu amat ceria dan menampakkan masyarakat yang menghormati antara satu sama lain. Semua pelanggan yang datang ke kedai itu pasti akan memberi salam "Assalamualaikum" dan bersalaman dengan pelanggan yang lain sama ada mereka mengenali antara satu sama lain atau tidak termasuklah ak dan sahabat tadi. Mereka berbual antara satu sama lain (biasa la kedai kopi) dan menyapa aku dengan peramah sekali. Seorang pak cik bertanya tentang berita bahawa Tok Guru Nik Aziz yang tersenarai antara tokoh yang berpengaruh di dunia hari ini. Jadi, topik Tok Guru ini menjadi perbualan di kedai kopi pada pagi itu. Ini petikan daripada Harakah :


KUALA LUMPUR, 20 Nov: PAS mendapat penghormatan dunia Islam apabila Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat telah disenaraikan antara '50 tokoh Islam paling berpengaruh di dunia'.

Menteri Besar Kelantan itu, disenarai di tempat ke 42 dalam senarai '500 Muslim yang Berpengaruh Tahun 2009'.

The Royal Islamic Strategic Studies Center untuk pertama kalinya menerbitkan buku “The 500 Most Influential Muslims In The World” tahun 2009.

Para tokoh muslim dari seluruh dunia yang terpilih masuk dalam daftar itu adalah kalangan Muslim yang dianggap memiliki kemampuan untuk mempengaruhi keadaan kemanusian dan mampu membawa perubahan dalam kehidupan ramai orang.

“500 Muslim Paling Berpengaruh di Dunia” sepanjang tahun 2009 itu, dibahagi dalam 15 katagori, antara lain katagori ulama, politik, cendekiawan, perempuan, pemuda, ilmu dan teknologi, media sampai kategori muslim radikal.

(Nik Aziz ditangga ke 42 Muslim paling berpengaruh di didunia)

Tokoh Muslim dunia lainnya yang masuk dalam daftar 50 tokoh peringkat teratas dimulai dengan, Raja Saudi, Abdullah bin Abdul Aziz Al Saud; pemimpin spritual Iran, Syed Ali Khamenei; PM Turki Recep Tayyib Erdogan; Imam Besar Masjid Al-Azhar dan Pimpinan Universitas Al-Azhar, Kairo, Dr Muhammad Sayyid Tantawi; Syaikh Yusuf Al-Qaradawi; Pimpinan Ikhwanul Muslimin Mesir Syaikh Mohammad Mahdi Akef, Sekjen Hizbullah, Syed Hassan Nasrallah dan Pimpinan Hamas, Khaleed Mishal.

Nama Anwar Ibrahim turut disenaraikan di dalam lis 450 “Honourable Mention” di dalam pencapaian di bidang masing-masing dan diantara tokoh Islam yang signifikan di dalam dunia.

Nama Anwar Ibrahim tersenarai di bidang politik berserta dengan nama Tun Dr Mahathir Mohammad tetapi nama Mahathir tidak disenaraikan di dalam “Honorable Mention”.

Dari kalangan cendekiawan, daripada Malaysia yang tersenarai ialah Prof Emeritus Datuk Osman Bakar, Timbalan Naib Chancellor, Universiti Malaya dan Professor Undang-undang Universiti Islam Antarabangsa, Prof. Dr. Mohammad Hashim Kamali.

Mohideen Abdul Kadir, Naib Presiden Persatuan Pengguna Pulau Pinang di dalam kategori Pembangunan sementara Kumpulan Raihan turut tersenarai di dalam katagori Seni dan Budaya.


Dalam pengantar buku yang diterbitkan untuk membantu dan membuka wawasan tentang pengaruh umat Islam di dunia saat ini dan beragamnya kelompok-kelompok Islam yang ada di seluruh dunia.

Penyusunan buku ini melibatkan pengamat dunia Islam yang namanya sudah dikenal secara meluas di dunia antarabangsa, Profesor John Esposito dan Profesor Ibrahim Kalin sebagai editor utama.


* Salam Aidiladha 1430H * - Aku dpat SWATCH tv di malam hari raya, yuhuuu


2 comments:

mawarberduri said...

tok guru sntiasa dihati~

betapa Alah sgt mcintai dan mgasihiY sehingga Allah cmbahkan rasa kasih itu ke dlm ht manusia di bumi, tatkla melihat wajahY, alhmdlh~

hard to see ppl use thier school name as url blog. msti sgt syg n sgt bmakna falahiah di hati. only a thought, kalu slh, asif jiddan, maaf, gomenn~

naQiu said...

ukhwah yg terbina di FALAHIAH membawa kpd pengalaman hidup yg bermakna...