Friday, October 29, 2010

HARI JUMAAT

teringin nak berhari jumaat di KELANTAN :

* cuti umum

* nasi berlauk pagi

* basuh moto

* banyak pasar tani

* kuliah tok guru 930 pagi

* bersiar-siar di pantai irama lepas asar


Thursday, October 21, 2010

SELEPAS 2 BULAN DI KELANTAN

2 bulan praktikal di HUSM Kubang Kerian memberi banyak pengalaman baru kepada diriku yang masih belajar...

THANKS to all physiotherapist at HUSM for the guidance and teaching for us.


apa yang berlaku:

* Rami senior UiTM yang bekerja kat sini

* Makan free entah berapa kali tak ingat

* PPK yg steady and happening

* HOD yang suka massage

* MC yang tidak diduga

* Waktu bekerja (punch card 810, rehat minum pagi 1000-1030, rehat tengah hari 100 - 200, balik 455)

* Jamuan hari raya

* Yie nasi dua riyal + Air milo tabur

* Student MAHSA, ACMS, UKM

* Kejadian bersama Ipe & Apih

* 3 gelombang pt.

* Isu hon siput (kene dummy)

* Meredah hujan dengan motor

Monday, September 27, 2010

GENG: PENGEMBARAAN BERMULA

Dengan suka citanya aku ingin mengucapkan tahniah kepada 3 orang sahabatku yang telah berjaya membuat blog sendiri. Mereka ialah IBTISAM, HAFIZ & KAMIL.

Diharapkan agar kalian terus istoqamah dalam mengupdate blog masing-masing dengan isu-isu yang menarik dibaca dan dikongsi. Janganlah jadi seperti “ambo” yang bersemangat hanya pada permulaan penubuhan blog ini sahaja. Jikalau sahabat-sahabat lain berniat untuk meluahkan pendapat sendiri selain daripada Facebook (fenomena masa kini), maka anda boleh la buat blog juga.




http://nmhafiz.blogspot.com


http://kutmus90.blogspot.com



http://harakimujahid.blogspot.com


Bagi aku blog merupakan salah satu...

Medan untuk kita memberikan pendapat dan ulasan yang tersendiri tentang sesuatu perkara yang berlaku dalam kehidupan sehari-hari.

Medan untuk memberi peringatan kepada diri sendiri dan orang lain yang sudi untuk membaca blog ini.

Medan untuk meluahkan perkara yang mungkin tidak dapat diperkatakan dengan lisan.

Medan untuk dan lain-lain lagi...

Friday, September 17, 2010

KEMBALI BERTEBARAN

Terasa begitu cepat dan pantas masa berlalu...


Tanpa disedari banyak memori yang telah kita bina semasa cuti hari raya ini...


Tanpa disedari sudah tiba masanya kita semua kembali ke haluan masing-masing bagi meneruskan agenda tersendiri (belajar, bekerja, praktikal dan lain-lain)...


Tanpa disedari banyak juga salah, silap, lipat-melipat, kata mengata yang mengguris jiwa (ambo buke gapo, nok wi ceria suasana jah, duk maing senyap dik gtu jah tu gak)...


Tanpa disedari kita ada masa sebulan lebih sahaja lagi untuk menduduki final exam (bagi yang masih belajar)...


Tribute to all EX-FALAHIAH 0307 and “fok2 pencetus derat” – edi, zaqwan, azim, akil, tse, kamil dan lain2...


Thursday, September 9, 2010

PANTUN RAYA 2010

Di alam bloggerz ini, saya mengambil kesempatan untuk berpantun sempena aidilfitri yang kita sambut ini setelah sebulan berpuasa...


(Abah dan Ummi)

Sayu hati mendengar takbir raya,

Ketika di kampung halaman,

Pohon maaf di pagi raya,

Itu sahaja yang anaknda harapkan.


(Sahabat-sahabat Falahiah)

Mohon maaf dari diri ku,

Harap maaf dari hati ke hati,

Sek kito jange wak tok ingat gitu,

Bilo pulok nok wak reunuion lagi.


(Sahabat-sahabat UiTM)

Afiq Ruslan dipanggil Badung,

Terkenal dengan ‘WHE’ kesayangan,

Ramadhan sudah sampai ke penghujung,

Syawal datang tanda kemenangan.


(Sahabat-sahabat seperjuangan)

Kanak-kanak bermain bunga api,

Seronoknya bukan main lagi,

Banyak perkara telah terabai,

Harap boleh diperbetulkan lagi.


Selamat hari raya aidilfitri kepada semua yang mengenali diriku ini.

Maaf zahir dan batin.

Harap apa yang dirancang dipermudahkan oleh Allah.

Tuesday, August 17, 2010

TERCARI-CARI

Ak masih mencari-cari sesuatu yg ak sendiri pun tak tahu apa yang dicari sebenarnya...

Apa-apa pun perjalanan hidup mesti juga dilalui setiap hari samada kita suka ataupun benci, letih ataupun rehat, sibuk ataupun lapang...

Sunday, August 15, 2010

1 WEEK LEFT

Hanya tinggal seminggu je lg kt puncak alam sebelum pergi praktikal sem 05..

Hmmm...

Bersiap - siap packing barang2 sebelum keadaan menjadi kalut..

kawan2 sekelas yg pelik lg nakal