Thursday, December 3, 2009

HIMPUNAN


HIMPUNAN SOKONG KEPIMPINAN NIK AZIZ - harakahdaily

KOTA BHARU, 3 Dis: Penerangan PAS Kelantan menyeru orang ramai hadir pada program himpunan menyokong kepimpinan Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, yang bakal diadakan esok, 4 Disember.

Program berkenaan dijangka bermula pukul 10.20 pagi sejurus selepas kuliah Jumaat, di Medan Ilmu, Jalan Dato’ Pati, di sini (perkarangan Pejabat Perhubungan PAS Negeri).

Ketua Penerangan PAS Negeri, Ustaz Ahmad Baihaqi Atiqullah, ketika memberitahu media semalam berkata himpunan berkenaan diadakan bagi menyokong kepimpinan Tuan Guru sebagai Menteri Besar yang tidak berbelah bagi.

“Memandangkan kini ada pihak yang mendesak Tuan Guru supaya melepaskan jawatannya, sebaliknya pula kita akan mempertahankan Tuan Guru agar tidak berbuat demikian.

“Kita akan menganjurkan program ini semata-mata untuk menyatakan sokongan kita terhadap kepimpinan Tuan Guru,”ujarnya.

Sambungnya, tidak ada sebab Tuan Guru harus melepaskan jawatannya memandangkan kepimpinan beliau masih diperlukan disamping ketokohannya yang sukar dicari ganti.

Sehubungan itu, beliau menyeru orang ramai hadir untuk menyatakan pendirian berkenaan pada program yang dianjurkan Badan Perhubungan PAS Negeri itu.

“Pada mereka yang mengikuti kuliah Jumaat Tuan Guru, kita minta mereka menunggu untuk seketika bagi menjayakan program tersebut,”ujarnya.

Sebelum ini, kumpulan yang dikenali sebagai Jemaah Perihatin Rakyat Kelantan yang turut disertai pemimpin Umno Bahagian Pasir Mas diketuai ketuanya, Che Johan Che Pa, telah menyerahkan memorandum kepada Menteri Besar supaya meletakkan jawatannya.

Bagaimanapun perhimpunan tersebut dianggap gagal apabila impian Umno menghimpunkan 2,000 penyokong hanya disertai kira-kira 100 orang sahaja.

Biar pun media harian kelihatan sepakat melaporkan lebih 1,000 orang hadir pada perhimpunan di depan Kota Darulnaim, namun ia tidak mampu memperbodohkan orang ramai yang menyaksikan ‘drama’ tersebut.

Semalam, Dewan Pemuda PAS negeri, telah menyatakan sokongan mereka terhadap kepimpinan Tuan Guru dalam sidang mereka tersebut yang diketuai Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri, Ustaz Baihaqi.

Pada masa yang sama, Naib Ketuanya, Hisyam Fauzi, mengucapkan terima kasih kepada kepada pasukan keselamatan terutama Ketua Polis Kelantan, Datuk Abdul Rahim Hanafi yang turut turun padang meninjau perkembangan di hari perhimpunan berkenaan diadakan.

Menurut Hisyam, tekanan yang diberikan begitu kuat terhadap kepimpinan Kelantan, terutama pada Tuan Guru adalah untuk mengalihkan isu kerisis kepimpinan dalam Barisan Nasional (BA) terutama Umno dan MCA.

“Kerana integriti Tuan Guru yang tersenarai diantara 42 dari 500 orang pemimpin Islam di peringkat dunia juga menyebabkan mereka cemburu, kerana itu menciptakan pelbagai isu untuk memburukkan imejnya,”ujarnya.

Sunday, November 29, 2009

HAHAHA

BTN TIADA MANFAAT,HANYA DAKYAH PESONG SEMATA-MATA - harakahdaily

Tiada manfaat dan hanya dakyah untuk memesong pemikiran belia-belia semata-mata. Demikian kesimpulan yang dapat dirungkaikan mengenai kursus Biro Tata Negara (BTN).

Pembantu Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan,Dr Ahmad Yunus Hairi berkata, amat jelas program BTN merupakan alat Umno dalam menyebarkan dakyah kepada belia-belia yang menyertainya.

"Ramai pemimpin dalam kerajaan negeri kini yang pernah menyertai malah mengendalikan BTN dan daripada maklum balasnya kita yakin tiada manfaat jelas program sebegitu,"


Pertikaian ini menjadi topik utama di berita jam 8 malam tadi. Rata-rata semua orang tahu akan program BTN. Di tempat aku belajar juga tidak terkecuali yang mana mewajibkan semua pelajar menghadiri program tersebut. Jika tidak hadir, maka proses untuk graduate di universiti tidak akan lulus. Maka terpaksalah mengikuti juga program yang tidak tahu apa kejadahnya. Yang digembar-gemburkan program ini bertujuan untuk menaikkan semangat patriotik di kalangan rakyat Malaysia. Apakah semangat patriotik yang dimaksudkan? Lu pikir la sendiri!


Pengalaman semasa melalui program BTN :


Seharian terpaksa mendengar ceramah yang dianjurkan BTN. Dari pagi sampai ke petang. 3 slot ceramah. Aku tak ingat dah tajuk ceramah nya itu. Bagi aku sesetengah penceramah tu ok jugak la sebab tidak menyebelahi mana-mana pihak semasa ceramahnya. Tapi ada satu slot ceramah tu yang mana penceramah tu (tak ingat nama) yang menyuruh pelajar-pelajar mengaku siapa pernah terlibat dalam PRU ke 13 yang masih baru lagi ketika itu. Semuanya tidak mengaku sehinggalah dia membaca beberapa ayat (katanya hadis nabi) dan ayat2 psycho sikit dia tu menyebabkan ada la beberapa orang pelajar mengaku. Lalu dengan nada marah perkataan "you are bullshit" terkeluar dari mulut si penceramah tadi. Memang senyap la dewan tu seketika (pelajar2 yang tertidur pun terjaga). Banyak lagi la perkara2 yang tidak sedap didengar oleh telinga2 pelajar disitu diperkatakan oleh si penceramah tadi. Dan lebih menaikkan kemarahan aku ialah, apabila dia menghina orang2 Kelantan yang taksub dan bodoh kerana negeri itu memilih untuk berada di bawah tampuk kepimpinan ulama'. Maka setelah selesai slot bersama si penceramah itu, ada lah seorang kawan aku ni (orang Kelantan) yang keluar ke hadapan dan meluahkan perasaan tidak puas hati terhadap program ini dan meminta agar si penceramah tadi meminta maaf dengan orang2 Kelantan disitu. Memang berani jugak lah kawan aku ni. Namun si penceramah itu telah pun keluar dari dewan yang telah panas itu.


p/s : TU BARU SIKIT JAH. KAWE ADO JUGOK TANYO SAEN2 PASAL PROGRAM BTN NIH, MEME RESPON DYO X PUAH HATI BELAKO. BANYOK DOK MAPUH KO PIHAK PEMBANGKANG. JELAH LA MEME ALAT UMNO NOK HASUT RAKYAT GUNO PROGRAM BTN NIH

Friday, November 27, 2009

TOK GURU DI MATA DUNIA

Tempat : Sebuah kedai kopi di Kuala Selangor
Masa : 7.00 pagi


Sebuah kedai kopi yang kecil terletak betul-betul di tepi jalan didatangi oleh 2 pemuda (aku dan sahabat yang diingati selalu). Kami menunggu makanan yang ditempah untuk dibawa balik. Sambil menunggu kami order roti canai kosong (memang sedap beb). Hari semakin cerah dan semakin ramai pelanggan di kedai kopi itu datang. Suasana di kedai itu amat ceria dan menampakkan masyarakat yang menghormati antara satu sama lain. Semua pelanggan yang datang ke kedai itu pasti akan memberi salam "Assalamualaikum" dan bersalaman dengan pelanggan yang lain sama ada mereka mengenali antara satu sama lain atau tidak termasuklah ak dan sahabat tadi. Mereka berbual antara satu sama lain (biasa la kedai kopi) dan menyapa aku dengan peramah sekali. Seorang pak cik bertanya tentang berita bahawa Tok Guru Nik Aziz yang tersenarai antara tokoh yang berpengaruh di dunia hari ini. Jadi, topik Tok Guru ini menjadi perbualan di kedai kopi pada pagi itu. Ini petikan daripada Harakah :


KUALA LUMPUR, 20 Nov: PAS mendapat penghormatan dunia Islam apabila Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat telah disenaraikan antara '50 tokoh Islam paling berpengaruh di dunia'.

Menteri Besar Kelantan itu, disenarai di tempat ke 42 dalam senarai '500 Muslim yang Berpengaruh Tahun 2009'.

The Royal Islamic Strategic Studies Center untuk pertama kalinya menerbitkan buku “The 500 Most Influential Muslims In The World” tahun 2009.

Para tokoh muslim dari seluruh dunia yang terpilih masuk dalam daftar itu adalah kalangan Muslim yang dianggap memiliki kemampuan untuk mempengaruhi keadaan kemanusian dan mampu membawa perubahan dalam kehidupan ramai orang.

“500 Muslim Paling Berpengaruh di Dunia” sepanjang tahun 2009 itu, dibahagi dalam 15 katagori, antara lain katagori ulama, politik, cendekiawan, perempuan, pemuda, ilmu dan teknologi, media sampai kategori muslim radikal.

(Nik Aziz ditangga ke 42 Muslim paling berpengaruh di didunia)

Tokoh Muslim dunia lainnya yang masuk dalam daftar 50 tokoh peringkat teratas dimulai dengan, Raja Saudi, Abdullah bin Abdul Aziz Al Saud; pemimpin spritual Iran, Syed Ali Khamenei; PM Turki Recep Tayyib Erdogan; Imam Besar Masjid Al-Azhar dan Pimpinan Universitas Al-Azhar, Kairo, Dr Muhammad Sayyid Tantawi; Syaikh Yusuf Al-Qaradawi; Pimpinan Ikhwanul Muslimin Mesir Syaikh Mohammad Mahdi Akef, Sekjen Hizbullah, Syed Hassan Nasrallah dan Pimpinan Hamas, Khaleed Mishal.

Nama Anwar Ibrahim turut disenaraikan di dalam lis 450 “Honourable Mention” di dalam pencapaian di bidang masing-masing dan diantara tokoh Islam yang signifikan di dalam dunia.

Nama Anwar Ibrahim tersenarai di bidang politik berserta dengan nama Tun Dr Mahathir Mohammad tetapi nama Mahathir tidak disenaraikan di dalam “Honorable Mention”.

Dari kalangan cendekiawan, daripada Malaysia yang tersenarai ialah Prof Emeritus Datuk Osman Bakar, Timbalan Naib Chancellor, Universiti Malaya dan Professor Undang-undang Universiti Islam Antarabangsa, Prof. Dr. Mohammad Hashim Kamali.

Mohideen Abdul Kadir, Naib Presiden Persatuan Pengguna Pulau Pinang di dalam kategori Pembangunan sementara Kumpulan Raihan turut tersenarai di dalam katagori Seni dan Budaya.


Dalam pengantar buku yang diterbitkan untuk membantu dan membuka wawasan tentang pengaruh umat Islam di dunia saat ini dan beragamnya kelompok-kelompok Islam yang ada di seluruh dunia.

Penyusunan buku ini melibatkan pengamat dunia Islam yang namanya sudah dikenal secara meluas di dunia antarabangsa, Profesor John Esposito dan Profesor Ibrahim Kalin sebagai editor utama.


* Salam Aidiladha 1430H * - Aku dpat SWATCH tv di malam hari raya, yuhuuu


Saturday, November 14, 2009

SAKI BAKI


Aku akan berada di Puncak Alam sehingga 16.11.09 ini. Final exam telah pun habis dengan sedikit kekecewaan (sbb ade solan mase exam x terjawab kerana x sempat masa). Masih berada di uitm kerana perlu menjadi model untuk pelajar2 degree Fisioterapai sem 1 pada 16.11 nih. Sekarang ni sudah boleh fokus kepada perkara yang patut dilaksanakan bersama sahabat2 seperjuangan di Puncak Alam nih. Bagaimanakah nasib aku pada tahun hadapan dengan kekurangan tenaga penggerak disini. Harap sahabat2 yang memahami dapat membantu memudahkan kerja yang ditanggung ini. Oklah, esok dan lusa sesi melunaskan sisa2 yang perlu dibuang dari bilik A3703 sbb clearance akan di buat pada hari isnin nih. Bilik aku dah x seperti bilik orang tinggal dah nampaknya. Mane x nye duk sibuk dgn final exam sampai kebersihan diabaikan, hehe.


P/S : esk hapih nok mari KL dr Kelantan, semangat nok mapuh, relo mari sinih

Monday, October 26, 2009

KECELARUAN






Sebulan sudah habis praktikal, kini kembali ke puncak alam untuk mode final exam.

Sebulan d HSNZ, Kuala Terengganu

LUCU?

ade pt numbness kt sebelah tgan kiri & fisio tu sruh la ak ambik power grip hand brape. ak plak bleh g ambik exs ball kt gym n sruh pt tu genggam. ak pn agak2 la power grip tu macam muscle power, ak cakap kt fisio tu 3/5. fisio tu pelik macamane ak kire bende tu. bile dye g tengok pt tu, terbahak-bahak dye ketawa. rupa2 nye, nak sukat hand power grip tu kene gune alat hand power grip ape ntah (tp ak dah tahu la alat tu macam pistol, pastu sruh pt genggam n tengok berape kilo).

GEMBIRA?

apabila pt mengucapkan TERIMA KASIH kpd ak, walaupun ak buat treatment yg x tahu btul ke salah, huhu.

MALU?

"EN.Z" pulas telinga ak depan student2 MAHSA KOLEJ. kerana ak jawab soalan dye tahap mengarut kot.

"ADL tu gapo?"
"ADL tu Activity Daily Life, bendo2 hok kito buat hari2"
"Contoh nyo... hok awk buat sokmo"
"Naik moto"
"Sebelum naik moto tu wak gapo?"
"Cari kunci n start la moto tu" (memang xde kene mengene ngan ADL)
"Hah gapo, start moto" (sambil memulas telinga ak)
"Lain kali jawab molek"

*dah la hari tu nak simbah ak ngan air hot pack

MALAS?

malas nak tulis SOAP dlm file kuning pt. dah la setiap kali tulis, setiap kali tu la kene komen (tp tu lah name nye belajar, belajar dari kesilapan).

TERIMA KASIH?

terima kasih kepada semua fisio d HSNZ n student2 MAHSA kerana tidak kedekut mencurahkan ilmu apabila ak bertanya tntang benda yg ak x tahu.

SEDIH?

setiap pertemuan pasti ade perpisahan. sedih jugak untuk meninggalkan hospital yg penuh dgn memori pertama kali praktikal. teringat memori2 bersama fisio yg sempoi2 & student2 MAHSA yg otai.

TRIBUTE...

PN HAMIDAH (ketua jabatan fisioterapi)
HJ RAZALI (jaga bdk2 diploma uitm yg datang praktikal)
HJ ATAN (pergi haji kali ke 2 bulan 11 nih)
EN AHMAD (otai stroke, lucu sokmo)
PN MARHANA (walaupun ak x rapat ngn dye, tp tegurannye byk membantu)
EN ZULKIFLI (mase mula2 sampai, bile nampak enzul terus 'nnusuk', x tahu sbb ape.)
PN FADLINDA (ceria sokmo)
PN NURUL (mggu ke 2 ak ikut dye naik wad n selalu d tinggalkan sbb lambat)
PN UMI (sibuk memanjang, hehe)
PN NOOR RASHIDAH (byk belajar d elektro)
PN MARIATI (super duper luper senior uitm)
PN WAN (spoting sokmo)
PN SURYANI (time kasih bg pinjam buku MS)

To all MAHSA student (ZARA, FARHANA, AKMA, FATHIAH, SHOBANA, NENA, NISHA, SHARMILA), all the best & semoga berjaya menempuhi sebulan lebih lg praktikal kt HSNZ.



SETERUSYNE...

hantar kt lecturer:

log book
evaluaition form dr fisio
case study (x buat lg)

Monday, August 31, 2009

GEJALA - GEJALA SEMASA PUASA




Beberapa perkara akan berlaku disebabkan oleh pembuangan toksin dan bahan buangan ketika kita berpuasa seperti nafas berbau, peluh juga berbau, kulit kering bersisik dan gatal, air kencing pekat dan berbau dan mungkin juga kerap kencing, buang air besar selepas beberapa hari berpuasa, sakit kepala, lenguh badan dan demam (kesan toksin keluar dari lemak ke darah, sebelum keluar dari badan), dan mungkin juga berlaku selsema dan kahak serta lendir dan keputihan.


Pesanan: Jika gejala ini tidak serius, jangan cuba ubatkan kerana ia akan berhenti dengan sendirinya.



Sunday, August 23, 2009

THE LAST TEEN

koya meta


Hari ni masuk hari lahir ak yg ke - 19 ( 23 ogos a.k.a. 2 Ramadhan). Lepas ni buke TEENAGER doh. Waktu telah mematangkan umur kita walaupun fikiran masih x berubah. Jadi, ape yg patut dilakukan?
Ado ore pernah pese kt ak, "dunia kato gi kubur kato mari". Ingat-ingatlah kta semua...

ps: imagine the world if someone give 125 for my birthday. it could be happen or not?? hehe

Thursday, August 13, 2009

39c

gambar hiasan


Sejak hari isnin ak demam panas mendadak sehingga 39c. Batuk2, selsema, sakit tekak, x selera nak makan, pening kalau berdiri. Ak dapat mc 6 hari sampai hari ahad nih. tapi hari nie da masuk hari ke 4 ak demam dan ALHAMDULILLAH dah baik dari sebelum nih. Petang ni nak pergi kelas kalau ok n boleh berjalan dengan baik.

Wednesday, August 5, 2009

Untitled



Permudahkanlah urusan aku di tempat ini, jangan terleka dengan apa yang ada disekeliling. Banyak tanggungjawab rasanya tak terbuat lagi di tambah dengan keadaan yang masih baru di sini. How do I want to face them??




hari ni dah masuk 14 Sya'ban..

Thursday, July 30, 2009

Recently

Bermacam-macam pergolakan berlaku dalam politikus dalam Malaysia kini. Semuanya untuk mengaburi rakyat...


Silap faham Kerajaan Pusat n Kerajaan Negeri vs PAS n UMNO

Kes kematian Beng Hock

Perhimpunan "Mansuhkan ISA" vs "Pro ISA" (bakal mencetus kelainan)


FOK DEMO PROVOK JAH LEBIH, SAJO NOK MENIMBULKAN ISU...

Wednesday, July 22, 2009

PITIS








Banyak pakai duit sem nih. Nak tunggu ptptn masuk tak tahu bilo lg. Makanan pun byk hok mahal2 d sini. Nok simpan duit untuk g praktikal lg lepas raya nih. Tapi, yakinlah rezeki manusia itu ditentukan oleh Allah...

p/s: hari ni hari terakhir bulan Rejab

Tuesday, July 14, 2009

TRY TO FIND IT





I have to find my true identity. Not all of the people in this world know their really true identity.
If you don't trust, ask yourself about your true identity, can you answer it?


*PAS win at MU*

Sunday, July 12, 2009

NIKMAT KELETIHAN

petang hari rabu.. (biar lah ak dgan abe muin lah tahu guano nyo).. malam tu bas bertolak kul9 membawa ak dgan hannan. byak lg perkara yg x diselesaikan utk persiapan pg esok. hanya ak dgan hannan jah 2 pentumas dan 1 pentumaswati yang ado pado pg kamis tu. yang lain sapa ptang tu temasuk feserta dan jarx. bermula lah frogram 3 hari 2 malam sano. adik beradik ak yang laen... entah la.. macam2 songeh.. tarbiah di KL, bai'ah kali ke5, senyap x angkat nfon, sumpah ngan palapes, sampai lewat, balik semula, dan laen2. ak mitok maaf la x buat kijo nga molex maso 3 hari 2 male baru nih.

Friday, June 19, 2009

BURN THE EVIDENCE







don't look the past



start a new life without it cause it nonsense



you have to change it now!!



Thursday, June 18, 2009

BBQ Kok Lanas

16 Mei 2009


Usaha untuk berkumpul besama sahabat hok “kkacik” masa sekolah dulu akhirnya berjaya juga. Aku (sbg Plan Maker), telah berpakat dengan sahabat2 yang lama x berjumpa untuk mengadakan BBQ kt rumah ak di Kok Lanas. Walaupun keletihan (sbb 3 malam dah tidur lewat), tapi ak berpuas hati dapat mengadakan BBQ tu bersama-sama dengan mereka. Antara yg hadir ialah kamil, azim body, tise mawi, akil, kuwe, lehe sek band, mubeng, poknik, & jeri tulang. Terima kasih sangat2 kepada yang hadir sambil menderma & kepada akil yang menjadi pembantu aku menguruskan dan melicinkan perjalanan program. Nati cuti lain kali kita buat pulak yea di tempat lebih ganaz lg.






Akil & naQiu sbg mastermind


Cuci rumah dulu


Sahabat - sahabat yang hadir


Azim dok ngibah tu


Depan rumah ak


Ayam yang telah siap dibakar


p/s : weh, sapo x bayar rm5 tu mitop bayar la deh.. kawe terpakso guno duit sediri baru nih sbb bajetnyo dkt nga 15 ore, tapi mari 10 ore jah..