Sunday, November 29, 2009

HAHAHA

BTN TIADA MANFAAT,HANYA DAKYAH PESONG SEMATA-MATA - harakahdaily

Tiada manfaat dan hanya dakyah untuk memesong pemikiran belia-belia semata-mata. Demikian kesimpulan yang dapat dirungkaikan mengenai kursus Biro Tata Negara (BTN).

Pembantu Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan,Dr Ahmad Yunus Hairi berkata, amat jelas program BTN merupakan alat Umno dalam menyebarkan dakyah kepada belia-belia yang menyertainya.

"Ramai pemimpin dalam kerajaan negeri kini yang pernah menyertai malah mengendalikan BTN dan daripada maklum balasnya kita yakin tiada manfaat jelas program sebegitu,"


Pertikaian ini menjadi topik utama di berita jam 8 malam tadi. Rata-rata semua orang tahu akan program BTN. Di tempat aku belajar juga tidak terkecuali yang mana mewajibkan semua pelajar menghadiri program tersebut. Jika tidak hadir, maka proses untuk graduate di universiti tidak akan lulus. Maka terpaksalah mengikuti juga program yang tidak tahu apa kejadahnya. Yang digembar-gemburkan program ini bertujuan untuk menaikkan semangat patriotik di kalangan rakyat Malaysia. Apakah semangat patriotik yang dimaksudkan? Lu pikir la sendiri!


Pengalaman semasa melalui program BTN :


Seharian terpaksa mendengar ceramah yang dianjurkan BTN. Dari pagi sampai ke petang. 3 slot ceramah. Aku tak ingat dah tajuk ceramah nya itu. Bagi aku sesetengah penceramah tu ok jugak la sebab tidak menyebelahi mana-mana pihak semasa ceramahnya. Tapi ada satu slot ceramah tu yang mana penceramah tu (tak ingat nama) yang menyuruh pelajar-pelajar mengaku siapa pernah terlibat dalam PRU ke 13 yang masih baru lagi ketika itu. Semuanya tidak mengaku sehinggalah dia membaca beberapa ayat (katanya hadis nabi) dan ayat2 psycho sikit dia tu menyebabkan ada la beberapa orang pelajar mengaku. Lalu dengan nada marah perkataan "you are bullshit" terkeluar dari mulut si penceramah tadi. Memang senyap la dewan tu seketika (pelajar2 yang tertidur pun terjaga). Banyak lagi la perkara2 yang tidak sedap didengar oleh telinga2 pelajar disitu diperkatakan oleh si penceramah tadi. Dan lebih menaikkan kemarahan aku ialah, apabila dia menghina orang2 Kelantan yang taksub dan bodoh kerana negeri itu memilih untuk berada di bawah tampuk kepimpinan ulama'. Maka setelah selesai slot bersama si penceramah itu, ada lah seorang kawan aku ni (orang Kelantan) yang keluar ke hadapan dan meluahkan perasaan tidak puas hati terhadap program ini dan meminta agar si penceramah tadi meminta maaf dengan orang2 Kelantan disitu. Memang berani jugak lah kawan aku ni. Namun si penceramah itu telah pun keluar dari dewan yang telah panas itu.


p/s : TU BARU SIKIT JAH. KAWE ADO JUGOK TANYO SAEN2 PASAL PROGRAM BTN NIH, MEME RESPON DYO X PUAH HATI BELAKO. BANYOK DOK MAPUH KO PIHAK PEMBANGKANG. JELAH LA MEME ALAT UMNO NOK HASUT RAKYAT GUNO PROGRAM BTN NIH

Friday, November 27, 2009

TOK GURU DI MATA DUNIA

Tempat : Sebuah kedai kopi di Kuala Selangor
Masa : 7.00 pagi


Sebuah kedai kopi yang kecil terletak betul-betul di tepi jalan didatangi oleh 2 pemuda (aku dan sahabat yang diingati selalu). Kami menunggu makanan yang ditempah untuk dibawa balik. Sambil menunggu kami order roti canai kosong (memang sedap beb). Hari semakin cerah dan semakin ramai pelanggan di kedai kopi itu datang. Suasana di kedai itu amat ceria dan menampakkan masyarakat yang menghormati antara satu sama lain. Semua pelanggan yang datang ke kedai itu pasti akan memberi salam "Assalamualaikum" dan bersalaman dengan pelanggan yang lain sama ada mereka mengenali antara satu sama lain atau tidak termasuklah ak dan sahabat tadi. Mereka berbual antara satu sama lain (biasa la kedai kopi) dan menyapa aku dengan peramah sekali. Seorang pak cik bertanya tentang berita bahawa Tok Guru Nik Aziz yang tersenarai antara tokoh yang berpengaruh di dunia hari ini. Jadi, topik Tok Guru ini menjadi perbualan di kedai kopi pada pagi itu. Ini petikan daripada Harakah :


KUALA LUMPUR, 20 Nov: PAS mendapat penghormatan dunia Islam apabila Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat telah disenaraikan antara '50 tokoh Islam paling berpengaruh di dunia'.

Menteri Besar Kelantan itu, disenarai di tempat ke 42 dalam senarai '500 Muslim yang Berpengaruh Tahun 2009'.

The Royal Islamic Strategic Studies Center untuk pertama kalinya menerbitkan buku “The 500 Most Influential Muslims In The World” tahun 2009.

Para tokoh muslim dari seluruh dunia yang terpilih masuk dalam daftar itu adalah kalangan Muslim yang dianggap memiliki kemampuan untuk mempengaruhi keadaan kemanusian dan mampu membawa perubahan dalam kehidupan ramai orang.

“500 Muslim Paling Berpengaruh di Dunia” sepanjang tahun 2009 itu, dibahagi dalam 15 katagori, antara lain katagori ulama, politik, cendekiawan, perempuan, pemuda, ilmu dan teknologi, media sampai kategori muslim radikal.

(Nik Aziz ditangga ke 42 Muslim paling berpengaruh di didunia)

Tokoh Muslim dunia lainnya yang masuk dalam daftar 50 tokoh peringkat teratas dimulai dengan, Raja Saudi, Abdullah bin Abdul Aziz Al Saud; pemimpin spritual Iran, Syed Ali Khamenei; PM Turki Recep Tayyib Erdogan; Imam Besar Masjid Al-Azhar dan Pimpinan Universitas Al-Azhar, Kairo, Dr Muhammad Sayyid Tantawi; Syaikh Yusuf Al-Qaradawi; Pimpinan Ikhwanul Muslimin Mesir Syaikh Mohammad Mahdi Akef, Sekjen Hizbullah, Syed Hassan Nasrallah dan Pimpinan Hamas, Khaleed Mishal.

Nama Anwar Ibrahim turut disenaraikan di dalam lis 450 “Honourable Mention” di dalam pencapaian di bidang masing-masing dan diantara tokoh Islam yang signifikan di dalam dunia.

Nama Anwar Ibrahim tersenarai di bidang politik berserta dengan nama Tun Dr Mahathir Mohammad tetapi nama Mahathir tidak disenaraikan di dalam “Honorable Mention”.

Dari kalangan cendekiawan, daripada Malaysia yang tersenarai ialah Prof Emeritus Datuk Osman Bakar, Timbalan Naib Chancellor, Universiti Malaya dan Professor Undang-undang Universiti Islam Antarabangsa, Prof. Dr. Mohammad Hashim Kamali.

Mohideen Abdul Kadir, Naib Presiden Persatuan Pengguna Pulau Pinang di dalam kategori Pembangunan sementara Kumpulan Raihan turut tersenarai di dalam katagori Seni dan Budaya.


Dalam pengantar buku yang diterbitkan untuk membantu dan membuka wawasan tentang pengaruh umat Islam di dunia saat ini dan beragamnya kelompok-kelompok Islam yang ada di seluruh dunia.

Penyusunan buku ini melibatkan pengamat dunia Islam yang namanya sudah dikenal secara meluas di dunia antarabangsa, Profesor John Esposito dan Profesor Ibrahim Kalin sebagai editor utama.


* Salam Aidiladha 1430H * - Aku dpat SWATCH tv di malam hari raya, yuhuuu


Saturday, November 14, 2009

SAKI BAKI


Aku akan berada di Puncak Alam sehingga 16.11.09 ini. Final exam telah pun habis dengan sedikit kekecewaan (sbb ade solan mase exam x terjawab kerana x sempat masa). Masih berada di uitm kerana perlu menjadi model untuk pelajar2 degree Fisioterapai sem 1 pada 16.11 nih. Sekarang ni sudah boleh fokus kepada perkara yang patut dilaksanakan bersama sahabat2 seperjuangan di Puncak Alam nih. Bagaimanakah nasib aku pada tahun hadapan dengan kekurangan tenaga penggerak disini. Harap sahabat2 yang memahami dapat membantu memudahkan kerja yang ditanggung ini. Oklah, esok dan lusa sesi melunaskan sisa2 yang perlu dibuang dari bilik A3703 sbb clearance akan di buat pada hari isnin nih. Bilik aku dah x seperti bilik orang tinggal dah nampaknya. Mane x nye duk sibuk dgn final exam sampai kebersihan diabaikan, hehe.


P/S : esk hapih nok mari KL dr Kelantan, semangat nok mapuh, relo mari sinih