Tuesday, June 28, 2011

CERITA DI TEMPAT ORANG

Lumrah bagi semua manusia merasa tidak selesa pada mulanya apabiala berada di tempat orang buat pertama kalinya. Apatah lagi apabila berada jauh di negeri orang. Aku kini di Johor untuk melangsaikan beberapa tugasan yang tidak seberapa sangat. Tempat tinggal di Taman Desa Jaya, berdekatan dengan Jusco Desa Tebrau. Berulang alik ke HSI 5 kali seminggu Isnin hingga Jumaat dengan jarak 5 km dari rumah yang disewa. Hari Jumaat pertama di Johor mencari masjid untuk solat Jumaat, nasib baik jumpa selepas tak nampak ramai kelibat orang yang pergi solat Jumaat. Rasa makanan yang agak berlainan dengan tempat asal aku memaksa KAMI banyak memasak sendiri, tapi kalau ada orang belanja makan, aku ON sahaja. Pelbagai ragam dan kerenah manusia yang tidak biasa dijumpai terpaksa ditempuhi jua untuk 3 bulan ni sahaja. InsyaALLAH semoga dipermudahkan segala urusan KAMI disni.