Saturday, November 26, 2011

AWAL MUHARAM 1433H

InsyaALLAH akan menyambut Tahun Baru Hijrah bersama-sama sahabat yang sanggup turun ke KAWASAN "ambo" hari ini. Harap kita semua akan mendapat manfaat pada hari-hari yang mendatang.

Salam Maal Hijrah yang ke 1433
Fm2 | AF nikkor 35-80mm

Wednesday, November 23, 2011

KERAJAAN LIPAT!

Memetik ucapan YAB Menteri Besar Kelantan di majlis Perasmian Publisiti dan Penyertaan Awam di Kota Bharu tengah hari tadi, - "Kelantan sejak sekian lamanya bukan sahaja tidak diberi keadilan dalam laporan media arus perdana, sebaliknya sering menjadi bahan fitnah. Pelbagai program kebajikan yang dilakukan oleh kerajaan Kelantan tidak pernah diberikan liputan yang adil sebaliknya dicari ruang kelemahan sekalipun kecil namun diperbesarkan untuk memberikan gambaran negatif. Sikap ini tidak ubah seperti lalat yang hanya gemar hinggap di tempat yang kotor dan menyebarkan penyakit.."

Merujuk kepada ucapan Tok Guru diatas, sebenarnya sudah lama ketidakadilan berlaku dalam arus politik di negara Malaysia ini. Negara Malaysia ni kata sahaja guna sistem demokrasi, tapi tak demokrasi sepenuhnya pun. Kalau sistem demokrasi sudah pasti pihak kerajaan akan berlaku adil dalam setiap perkara dan membiarkan rakyat yang menilai dan memilih kerajaan yang mereka inginkan.

Saya mengambil contoh yang mudah kita lihat dan menilai dalam kehidupan kita seharian. Pertamanya adalah Akhbar di negara Malaysia ini. Jika kita ambil akhbar hari ini ataupun semalam ataupun esoknya, pasti kita akan disajikan dengan berita-berita tentang pemimpin dari kerajaan, bermula dari Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri dan seterusnya. Jarang pula ada berita dari pemimpin dari yang digelar pihak pembangkang seperti Menteri Besar dan lain-lain sedangkan berita mereka juga harus diulas kerana mereka juga adalah pemimpin yang memimpin di Malaysia ini. Itu tidak dikira dengan berita-berita yang tidak berasas tanpa bukti yang dilaporkan oleh akhbar di negara kita ini.

Keduanya penyampaian maklumat melalui televisyen. Sama juga seperti akhbar yang saya katakan tadi, cuba lah lihat berita-berita yang disampaikan oleh televisyen. Hanya memihak kepada sebelah pihak sahaja iaitu pihak kerajaan. Jarang ada berita-berita yang disiarkan di beberapa negeri yang diperintah oleh pihak pembangkang. Kalau ada pun pasti berita itu berita yang mengaibkan. Kalau betullah nak mengatakan mengamalkan sistem demokrasi, seharusnya berita disampaikan secara telus, adil dan saksama.


Gambar pisau lipat sebagai hiasan sahaja

Cukuplah sekadar 2 contoh yang boleh kita lihat dalam kehidupan seharian kita ini. Jika kita betul-betul rakyat yang boleh berfikir, fikirlah sejenak tentang apa yang saya ingin katakan. Ini adalah pendapat saya sendiri dan anda yang membaca tulisan saya ini mungkin mempunyai pendapat sendiri. Jadi luahkan pendapat anda itu.


PRA BANJIR 2011

Hujan telah melanda boleh dikatakan di setiap negeri Kelantan bermula dari hari Ahad lagi. Hujan kadang-kadang lebat kadang-kadang renyai-renyai. Tapi masih dalam mode berterusan sehingga ke hari ini, hari Rabu. Mengikut ramalan pihak kaji cuaca hujan akan berlarutan hingga hari Sabtu ini. 


Musim-musim hujan ni hanya berada di rumah sahaja bersama dengan ibu dan adikku. Jangan disangka kawasan yanag tidak pernah banjir tidak akan dilanda banjir selama-lamanya. Jadi kepada sesiapa yang berada di kawasan yang sedang dilanda hujan sekarang ini diingatkan supaya sentiasa berwaspada dengan paras air di kawasan rumah anda. Jangan asyik leka berada di dalam rumah sahaja sambil makan ubi, hehe.







Esok kena pergi jugak HUSM nak ambik ubat adik. Hujan pun hujan lah, redah je.

Friday, November 18, 2011

SEMANGAT LAMA



Nak berbicara mengenai motor di atas aku tak tahu sangat sebab bukan motor aku sebenarnya, ianya milik seorang kawan aku yang tinggal di Wakaf Mek Zainab.

Ada kata-kata menyebut "pengalaman orang lama, semangat orang baru". Memang benar orang lama mempunyai pengalaman yang pelbagai kerana mereka sudah hidup di dunia ini lebih lama dari orang muda. Jadi sebagai orang muda yang masih baru harus mengambil iktibar dan panduan daripada orang-orang yang lebih lama berada dalam sesuatu bidang itu. Janganlah kita berlagak seperti kita sudah mengetahui segala-galanya kerana itu lagi akan menunjukkan kebodohan diri kita sendiri.

Juga pernah melihat kata-kata ini daripada siapa tidak ku ingat. "orang lama yang berpengalaman akan sentiasa berkata mengenai perkara-perkara yang lepas manakala orang muda pula akan sentiasa berkata mengenai perkara-perkara yang akan dia lakukan"

AIDILADHA 2011

Bukan ingin menyampaikan perutusan Hari Raya Aidiladha, tetapi sebagai tatapan semua melalui gambar.







Monday, November 14, 2011

AKU PASTI MERINDUI MEREKA SEMUA

Sempat bersama dengan sahabat-sahabat di bumi bertuah ini lebih kurang seminggu lebih sahaja. Namum masih lagi tidak puas bertemu mata dan masih banyak perkara yang ingin dikongsikan bersama. Kini mereka semua kembali bertebaran menyambung kembali tugasan yang perlu diselesaikan di tempat masing-masing. Semoga kita semua terus bersemangat dalam apa jua bidang tugas yang kita laksanakan.







InsyaAllah ada beberapa gambar di Aidiladha baru ni akan di upload setelah develop filem, dalam minggu ni kot.