Showing posts with label ISU. Show all posts
Showing posts with label ISU. Show all posts

Wednesday, November 23, 2011

KERAJAAN LIPAT!

Memetik ucapan YAB Menteri Besar Kelantan di majlis Perasmian Publisiti dan Penyertaan Awam di Kota Bharu tengah hari tadi, - "Kelantan sejak sekian lamanya bukan sahaja tidak diberi keadilan dalam laporan media arus perdana, sebaliknya sering menjadi bahan fitnah. Pelbagai program kebajikan yang dilakukan oleh kerajaan Kelantan tidak pernah diberikan liputan yang adil sebaliknya dicari ruang kelemahan sekalipun kecil namun diperbesarkan untuk memberikan gambaran negatif. Sikap ini tidak ubah seperti lalat yang hanya gemar hinggap di tempat yang kotor dan menyebarkan penyakit.."

Merujuk kepada ucapan Tok Guru diatas, sebenarnya sudah lama ketidakadilan berlaku dalam arus politik di negara Malaysia ini. Negara Malaysia ni kata sahaja guna sistem demokrasi, tapi tak demokrasi sepenuhnya pun. Kalau sistem demokrasi sudah pasti pihak kerajaan akan berlaku adil dalam setiap perkara dan membiarkan rakyat yang menilai dan memilih kerajaan yang mereka inginkan.

Saya mengambil contoh yang mudah kita lihat dan menilai dalam kehidupan kita seharian. Pertamanya adalah Akhbar di negara Malaysia ini. Jika kita ambil akhbar hari ini ataupun semalam ataupun esoknya, pasti kita akan disajikan dengan berita-berita tentang pemimpin dari kerajaan, bermula dari Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri dan seterusnya. Jarang pula ada berita dari pemimpin dari yang digelar pihak pembangkang seperti Menteri Besar dan lain-lain sedangkan berita mereka juga harus diulas kerana mereka juga adalah pemimpin yang memimpin di Malaysia ini. Itu tidak dikira dengan berita-berita yang tidak berasas tanpa bukti yang dilaporkan oleh akhbar di negara kita ini.

Keduanya penyampaian maklumat melalui televisyen. Sama juga seperti akhbar yang saya katakan tadi, cuba lah lihat berita-berita yang disampaikan oleh televisyen. Hanya memihak kepada sebelah pihak sahaja iaitu pihak kerajaan. Jarang ada berita-berita yang disiarkan di beberapa negeri yang diperintah oleh pihak pembangkang. Kalau ada pun pasti berita itu berita yang mengaibkan. Kalau betullah nak mengatakan mengamalkan sistem demokrasi, seharusnya berita disampaikan secara telus, adil dan saksama.


Gambar pisau lipat sebagai hiasan sahaja

Cukuplah sekadar 2 contoh yang boleh kita lihat dalam kehidupan seharian kita ini. Jika kita betul-betul rakyat yang boleh berfikir, fikirlah sejenak tentang apa yang saya ingin katakan. Ini adalah pendapat saya sendiri dan anda yang membaca tulisan saya ini mungkin mempunyai pendapat sendiri. Jadi luahkan pendapat anda itu.


Saturday, January 1, 2011

BANTAH II

KENYATAAN RASMI
                            MEMBANTAH KEMASUKAN PELAJAR PEREMPUAN KE SMKA FALAHIAH

Kenyataan ini dikeluarkan ekoran kelulusan kemasukan pelajar perempuan bagi tingkatan satu ke Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Falahiah bermula sesi 2011. Kenyataan ini dikeluarkan adalah hasil rasa TANGGUNG JAWAB dan CAKNA kepada sebuah institusi pengajian yang telah menabur bakti semenjak tahun 1939 dan dikenali sebagai SMKA bermula tahun 1978. Sejajar dengan itu, Badan Bertindak Bekas Pelajar (BANTAH) dengan ini menyatakan 7 sebab keputusan memasukkan pelajar perempuan ke SMKA Falahiah ADALAH SILAP  dan TIDAK RELEVEN.

1)       Menyempitkan peluang pelajar lelaki ke sekolah agama berasrama khususnya dan universiti amnya.

Di Kelantan terdapat 6 buah SMK Agama, 4 daripadanya disediakan untuk kedua-dua jenis gender dan 2 buah lagi untuk gender yang berbeza. Bagi ke empat-empat SMKA tersebut jumlah posisi pelajar di dominasi oleh golongan perempuan. Situasi ini sudah jelas menunjukkan keadaan 5-1 bagi peluang pelajar lelaki. Pastinya hasrat SMKA Falahiah memasukkan pelajar perempuan adalah tindakan untuk terus menafikan peluang lebih ramai lelaki lagi ke SMK Agama khususnya dan universiti amnya.

2)      Keputusan yang mengesampingkan pandangan majoriti guru-guru di SMKA Falahiah.

Keputusan ini juga dilihat bertentangan dengan hasrat majoriti guru-guruyang mengajar di SMKA Falahiah hari ini dan bekas guru-guru. Kebanyakan dari mereka hanya mampu melahirkan protes secara diam. Ini kerana pandangan mereka telah dikesampingkan dalam isu ini dan beberapa perkara sebelum ini. Pandangan para guru amat penting untuk dihargai kerana golongan mereka lebih akrab dengan pelajar dan lebih memahami keadaan pelajar khususnya guru-guru yang telah lama berkhidmat di SMKA Falahiah.

Jelasnya situasi ini mengundang masalah serius kepada proses PnP pada masa akan datang. Perkara ini sepatutnya diberi perhatian oleh pihak pengurusan SMKA Falahiah.

3)      Keputusan memasukkan pelajar perempuan dilakukan ketika ketiadaan beberapa individu utama  pengurusan sekolah.

Keputusan besar ini juga dilakukan ketika ketiadaan beberapa individu penting dalam pengurusan sekolah. Keadaan ini telah menimbulkan tanda tanya dan keraguan tentang keseriusan pihak sekolah untuk menerima kemasukan pelajar perempuan. Atau ia hanyalah kemahuan individu tertentu sahaja dalam pengurusan sekolah.

Maklumat yang diperolehi juga menujukkan permintaan ini adalah datang dari pihak pengurusan sekolah bukannya Jabatan Pelajaran Negeri Kelantan.

4)      Keputusan yang dibuat adalah tanpa persediaan yang rapi dan teratur khususnya infrastruktur .

Adalah suatu yang menghairankan apabila keputusan seperti ini di buat. Ini kerana berdasarkan pemerhatian secara umumnya beberapa keperluan asasuntuk pelajar lelaki sahaja tidak mampu dipenuhi oleh pihak sekolah contohnya padang permainan, kemampuan masjid menampung pelajar dan guru dan dewan makan. Tiba-tiba, hari ini pihak sekolah membuat keputusan untuk memasukkan pelajar perempuan. Bagai mana agaknya cara hidup yang akan ditempuhi pelajar perempuan nanti. Wajarkah mereka untuk berkongsi padang, dewan makan, kelas dalam keadaan bersesak-sesak ?

5)      Keputusan besar ini dibuat tanpa perbincangan dengan jawatankuasa PIBG.

Pada satu sudut lain, perubahan besar seperti ini  membelakangkan jawatankuasa PIBG sekolah. Pihak PIBG juga tidak diajak berunding terlebih dahulu sebelum keputusan ini dikeluarkan. Hanya sekadar makluman sahaja. Di saat Kementerian Pelajaran Malaysia menggalakkan kerjasama erat antara pihak sekolah dan PIBG, tampaknya pihak pengurusan sekolah hari ini dilihat terlalu bersikap individualistik sehingga mengabaikan konsep bekerja secara kolektif.

6)      Keputusan kemasukan atas faktor kejatuhan prestasi  akademik adalah satu tindakan tanpa kajian terperinci.

Satu perkara yang melucukan ialah cara berfikir yang digunakan oleh pihak pengurusan sekolah apabila menjadikan faktor kejatuhan prestasi akademik sebagai faktor utama kemasukan pelajar perempuan. Pada pandangan kami sikap ini cuba menjadikan pendidikan sebagai tikus putih tanpa kajian terperinci.

Di samping itu, pihak pengurusan juga seolah-olah lupa dan tidak melihat sejarah SMKA Falahiah. Di mana kecemerlangan sebelum ini tidak pernah pun dikaitkan dengan kehadiran pelajar perempuan.

Pada kami, kejatuhan akademik adalah daripada berpunca daripada masalah pengurusan sekolah kali ini yang tidak efektif berbanding pengurusan sebelum ini dan disiplin pelajar di sekolah.



7)      Kemasukan pelajar perempuan mengikis identiti dan jati diri sejarahSMKA Falahiah sendiri.

Dalam sejarah Malaysia, persoalan identiti dan jatidiri bagi sebuah institusi pengajian yang ternama adalah suatu perkara besar dan penting. Di mana pelajar serta bekas pelajar mereka sentiasa berbangga dengan identiti serta jatidiri yang ada pada mereka. Seringkali keunikan inilah yang menjadi tanda aras bagi sebuah institusi pengajian. Contohnya Universiti Malaya sering berbangga dengan keunikan mereka sebagai universiti tertua, universiti perdana dan sebagainya. Inilah nilai dan roh kepada sebuah institusi pengajian. Sewajarnya SMKA Falahiah juga mempunyai sikap dan paradigma seperti ini.

Berasaskan 7 sebab yang dikemukan ini, pihak kami mengharapkan pihak berwajib dan masyarakat menggesa pihak pengurusan SMKA Falahiah menarik balik keputusan memasukkan pelajar perempuan. Seterusnya membuat kajian dan perancangan yang teliti dan tepat untuk memacu SMKA Falahiah ke persada yang lebih tinggi.





Disediakan oleh

Badan Bertindak Bekas Pelajar (BANTAH)

p/s: Kenyataan ini diambil dari Facebook Falahians Bantah

Monday, December 27, 2010

BANTAH

Salam kerinduan buat semua...

Mungkin semua pelajar, guru, dan bekas pelajar Falahiah sudah sedia maklum tentang kemasukkan pelajar perempuan ke sekolah itu yang mana sebelum ini hanya mengambil pelajar lelaki sahaja. Ada juga desas-sesus cerita yang tidak sedap didengar tentang kenapa kemasukkan pelajar perempuan ke sekolah Falahiah ini diluluskan... Hmm...








p/s: Gambar diambil dari Facebook Falahians Bantah


Friday, December 10, 2010

HATI-HATI

Dalil Al-Quran : "Wahai orang-orang Yang beriman! jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum Dengan perkara Yang tidak diingini - Dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) - sehingga menjadikan kamu menyesali apa Yang kamu telah lakukan."

Hari ini banyak sumber yang menyebarkan pelbagai jenis maklumat yang diingini setiap orang dari segenap sudut. Dari sebesar-besar perkara hinggalah sekecil-kecil perkara. TAPI kita harus beringat dan berHATI-HATI dengan sesetengah sumber rujukan maklumat kita itu agar kita mendapat maklumat yang betul,tepat, dan tidak tertipu.

* akhbar-akhbar harian yang dibaca pun banyak berita yang berat tidak diketahui kesahihannya, jadi pandai-pandailah kita menilai dengan hati yang tulus.

Monday, November 1, 2010

PIALA MALAYSIA 2010 MILIK KELANTAN




Pada 31 Oktober 2010 melakar sejarah dalam diari Kelantan apabila kali pertama dapat menjulang Piala Malaysia. Tahniah buat pasukan Kelantan a.k.a. The Red Warriors.

Sunday, November 29, 2009

HAHAHA

BTN TIADA MANFAAT,HANYA DAKYAH PESONG SEMATA-MATA - harakahdaily

Tiada manfaat dan hanya dakyah untuk memesong pemikiran belia-belia semata-mata. Demikian kesimpulan yang dapat dirungkaikan mengenai kursus Biro Tata Negara (BTN).

Pembantu Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan,Dr Ahmad Yunus Hairi berkata, amat jelas program BTN merupakan alat Umno dalam menyebarkan dakyah kepada belia-belia yang menyertainya.

"Ramai pemimpin dalam kerajaan negeri kini yang pernah menyertai malah mengendalikan BTN dan daripada maklum balasnya kita yakin tiada manfaat jelas program sebegitu,"


Pertikaian ini menjadi topik utama di berita jam 8 malam tadi. Rata-rata semua orang tahu akan program BTN. Di tempat aku belajar juga tidak terkecuali yang mana mewajibkan semua pelajar menghadiri program tersebut. Jika tidak hadir, maka proses untuk graduate di universiti tidak akan lulus. Maka terpaksalah mengikuti juga program yang tidak tahu apa kejadahnya. Yang digembar-gemburkan program ini bertujuan untuk menaikkan semangat patriotik di kalangan rakyat Malaysia. Apakah semangat patriotik yang dimaksudkan? Lu pikir la sendiri!


Pengalaman semasa melalui program BTN :


Seharian terpaksa mendengar ceramah yang dianjurkan BTN. Dari pagi sampai ke petang. 3 slot ceramah. Aku tak ingat dah tajuk ceramah nya itu. Bagi aku sesetengah penceramah tu ok jugak la sebab tidak menyebelahi mana-mana pihak semasa ceramahnya. Tapi ada satu slot ceramah tu yang mana penceramah tu (tak ingat nama) yang menyuruh pelajar-pelajar mengaku siapa pernah terlibat dalam PRU ke 13 yang masih baru lagi ketika itu. Semuanya tidak mengaku sehinggalah dia membaca beberapa ayat (katanya hadis nabi) dan ayat2 psycho sikit dia tu menyebabkan ada la beberapa orang pelajar mengaku. Lalu dengan nada marah perkataan "you are bullshit" terkeluar dari mulut si penceramah tadi. Memang senyap la dewan tu seketika (pelajar2 yang tertidur pun terjaga). Banyak lagi la perkara2 yang tidak sedap didengar oleh telinga2 pelajar disitu diperkatakan oleh si penceramah tadi. Dan lebih menaikkan kemarahan aku ialah, apabila dia menghina orang2 Kelantan yang taksub dan bodoh kerana negeri itu memilih untuk berada di bawah tampuk kepimpinan ulama'. Maka setelah selesai slot bersama si penceramah itu, ada lah seorang kawan aku ni (orang Kelantan) yang keluar ke hadapan dan meluahkan perasaan tidak puas hati terhadap program ini dan meminta agar si penceramah tadi meminta maaf dengan orang2 Kelantan disitu. Memang berani jugak lah kawan aku ni. Namun si penceramah itu telah pun keluar dari dewan yang telah panas itu.


p/s : TU BARU SIKIT JAH. KAWE ADO JUGOK TANYO SAEN2 PASAL PROGRAM BTN NIH, MEME RESPON DYO X PUAH HATI BELAKO. BANYOK DOK MAPUH KO PIHAK PEMBANGKANG. JELAH LA MEME ALAT UMNO NOK HASUT RAKYAT GUNO PROGRAM BTN NIH