Saturday, January 1, 2011

BANTAH II

KENYATAAN RASMI
                            MEMBANTAH KEMASUKAN PELAJAR PEREMPUAN KE SMKA FALAHIAH

Kenyataan ini dikeluarkan ekoran kelulusan kemasukan pelajar perempuan bagi tingkatan satu ke Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Falahiah bermula sesi 2011. Kenyataan ini dikeluarkan adalah hasil rasa TANGGUNG JAWAB dan CAKNA kepada sebuah institusi pengajian yang telah menabur bakti semenjak tahun 1939 dan dikenali sebagai SMKA bermula tahun 1978. Sejajar dengan itu, Badan Bertindak Bekas Pelajar (BANTAH) dengan ini menyatakan 7 sebab keputusan memasukkan pelajar perempuan ke SMKA Falahiah ADALAH SILAP  dan TIDAK RELEVEN.

1)       Menyempitkan peluang pelajar lelaki ke sekolah agama berasrama khususnya dan universiti amnya.

Di Kelantan terdapat 6 buah SMK Agama, 4 daripadanya disediakan untuk kedua-dua jenis gender dan 2 buah lagi untuk gender yang berbeza. Bagi ke empat-empat SMKA tersebut jumlah posisi pelajar di dominasi oleh golongan perempuan. Situasi ini sudah jelas menunjukkan keadaan 5-1 bagi peluang pelajar lelaki. Pastinya hasrat SMKA Falahiah memasukkan pelajar perempuan adalah tindakan untuk terus menafikan peluang lebih ramai lelaki lagi ke SMK Agama khususnya dan universiti amnya.

2)      Keputusan yang mengesampingkan pandangan majoriti guru-guru di SMKA Falahiah.

Keputusan ini juga dilihat bertentangan dengan hasrat majoriti guru-guruyang mengajar di SMKA Falahiah hari ini dan bekas guru-guru. Kebanyakan dari mereka hanya mampu melahirkan protes secara diam. Ini kerana pandangan mereka telah dikesampingkan dalam isu ini dan beberapa perkara sebelum ini. Pandangan para guru amat penting untuk dihargai kerana golongan mereka lebih akrab dengan pelajar dan lebih memahami keadaan pelajar khususnya guru-guru yang telah lama berkhidmat di SMKA Falahiah.

Jelasnya situasi ini mengundang masalah serius kepada proses PnP pada masa akan datang. Perkara ini sepatutnya diberi perhatian oleh pihak pengurusan SMKA Falahiah.

3)      Keputusan memasukkan pelajar perempuan dilakukan ketika ketiadaan beberapa individu utama  pengurusan sekolah.

Keputusan besar ini juga dilakukan ketika ketiadaan beberapa individu penting dalam pengurusan sekolah. Keadaan ini telah menimbulkan tanda tanya dan keraguan tentang keseriusan pihak sekolah untuk menerima kemasukan pelajar perempuan. Atau ia hanyalah kemahuan individu tertentu sahaja dalam pengurusan sekolah.

Maklumat yang diperolehi juga menujukkan permintaan ini adalah datang dari pihak pengurusan sekolah bukannya Jabatan Pelajaran Negeri Kelantan.

4)      Keputusan yang dibuat adalah tanpa persediaan yang rapi dan teratur khususnya infrastruktur .

Adalah suatu yang menghairankan apabila keputusan seperti ini di buat. Ini kerana berdasarkan pemerhatian secara umumnya beberapa keperluan asasuntuk pelajar lelaki sahaja tidak mampu dipenuhi oleh pihak sekolah contohnya padang permainan, kemampuan masjid menampung pelajar dan guru dan dewan makan. Tiba-tiba, hari ini pihak sekolah membuat keputusan untuk memasukkan pelajar perempuan. Bagai mana agaknya cara hidup yang akan ditempuhi pelajar perempuan nanti. Wajarkah mereka untuk berkongsi padang, dewan makan, kelas dalam keadaan bersesak-sesak ?

5)      Keputusan besar ini dibuat tanpa perbincangan dengan jawatankuasa PIBG.

Pada satu sudut lain, perubahan besar seperti ini  membelakangkan jawatankuasa PIBG sekolah. Pihak PIBG juga tidak diajak berunding terlebih dahulu sebelum keputusan ini dikeluarkan. Hanya sekadar makluman sahaja. Di saat Kementerian Pelajaran Malaysia menggalakkan kerjasama erat antara pihak sekolah dan PIBG, tampaknya pihak pengurusan sekolah hari ini dilihat terlalu bersikap individualistik sehingga mengabaikan konsep bekerja secara kolektif.

6)      Keputusan kemasukan atas faktor kejatuhan prestasi  akademik adalah satu tindakan tanpa kajian terperinci.

Satu perkara yang melucukan ialah cara berfikir yang digunakan oleh pihak pengurusan sekolah apabila menjadikan faktor kejatuhan prestasi akademik sebagai faktor utama kemasukan pelajar perempuan. Pada pandangan kami sikap ini cuba menjadikan pendidikan sebagai tikus putih tanpa kajian terperinci.

Di samping itu, pihak pengurusan juga seolah-olah lupa dan tidak melihat sejarah SMKA Falahiah. Di mana kecemerlangan sebelum ini tidak pernah pun dikaitkan dengan kehadiran pelajar perempuan.

Pada kami, kejatuhan akademik adalah daripada berpunca daripada masalah pengurusan sekolah kali ini yang tidak efektif berbanding pengurusan sebelum ini dan disiplin pelajar di sekolah.



7)      Kemasukan pelajar perempuan mengikis identiti dan jati diri sejarahSMKA Falahiah sendiri.

Dalam sejarah Malaysia, persoalan identiti dan jatidiri bagi sebuah institusi pengajian yang ternama adalah suatu perkara besar dan penting. Di mana pelajar serta bekas pelajar mereka sentiasa berbangga dengan identiti serta jatidiri yang ada pada mereka. Seringkali keunikan inilah yang menjadi tanda aras bagi sebuah institusi pengajian. Contohnya Universiti Malaya sering berbangga dengan keunikan mereka sebagai universiti tertua, universiti perdana dan sebagainya. Inilah nilai dan roh kepada sebuah institusi pengajian. Sewajarnya SMKA Falahiah juga mempunyai sikap dan paradigma seperti ini.

Berasaskan 7 sebab yang dikemukan ini, pihak kami mengharapkan pihak berwajib dan masyarakat menggesa pihak pengurusan SMKA Falahiah menarik balik keputusan memasukkan pelajar perempuan. Seterusnya membuat kajian dan perancangan yang teliti dan tepat untuk memacu SMKA Falahiah ke persada yang lebih tinggi.





Disediakan oleh

Badan Bertindak Bekas Pelajar (BANTAH)

p/s: Kenyataan ini diambil dari Facebook Falahians Bantah

2 comments:

didi said...

ata doh ko surat nih ko pihak pengurusea?

sokong2, BANTAH kemasukea pljr muslimat ke falah. masuk naim jah

naQiu said...

didi: tima kaseh krn mrnyokong... sy pun x pasti sgt la surat ni hantar doh ke pihak pengurusea. tp setakat ni pernah jupo flyers pasal bantah ni marin maso g kuliah tok guru...