Wednesday, March 30, 2011

BILA LAPTOP NAK BERMANJA-MANJA

Sebenarnya dah lama aku nak ‘story mory’ pasal laptop aku ni. Cuma keadaan laptop ini jugalah yang membuatkan aku tidak kesampaian nak meluahkannya dalam blog ni.

Ceritanya bermula apabila antivirus laptop ni dah habis ‘licence’ selepas setahun digunakan, dalam bulan ogos tahun lepas gitu la. Aku tak ingat nak tukar kepada antivirus 2011 sebab... hmmm... tak tahu la, mungkin sibuk sangat kot. Antara problem yang dah jadi kat laptop aku ni:

1. Bila aku nak install antivirus baru 2011 dalam hujung tahun lepas tak boleh nak install. Tak tahu la sebab apa, aku rasa maybe sebab virus dah membiak dalam laptop aku ni masa tak ada antivirus lebih kurang 3 bulan macam tu.

2. Laptop aku ni jugak dah jadi makin lambat nak start up. Memang la window vista ni lembab nak start up dia punya system, tapi kali ini dah jadi lebih lambat dari yang dah lambat (fuh, berbelit-belit lidah nak sebut). Oleh sebab aku ingat hard disc full capacity yang membuatkannya lambat nak start up, jadi aku dah move semua files yang ada kat hard disc ke dalam external hard disc. Tapi masih lambat seperti itu juga.

3. Restart dengan tiba-tiba tanpa perlu menekan butang ‘Restart’.

4. Ini yang paling kerap berlaku, iaitu laptop aku jadi hang ataupun tiba-tiba jadi stalk. Mouse tak bergerak walaupun dipusing-pusing entah berapa kali. Kadang-kadang screen laptop jadi kabur macam televisyen tak dapat siaran. Jadi terpaksalah aku mencabut plug laptop ni dan restart balik secara manual.

5. Masalah tak boleh nak buka emel google, ‘gmail’. Bila tekan log in gmail maka benda ni akan keluar

This webpage is not available

The webpage at https://www.google.com/accounts/ServiceLogin?service=mail&passive=true&rm=false&continue=http%3A%2F%2Fmail.google.com%2Fmail%2F%3Fhl%3Den%26tab%3Dwm%26ui%3Dhtml%26zy%3Dl&bsv=1k96igf4806cy&ltmpl=default&ltmplcache=2&hl=en might be temporarily down or it may have moved permanently to a new web address.

Error 101 (net::ERR_CONNECTION_RESET): Unknown error.


6. Aktiviti meng’update’ blog juga menjadi terbengkalai sebab aku tak boleh nak log in ke laman web bolgger (kali ini aku pergi ke cyber cafe dekat library uitm sebab nak update blog ni dan buka emel).
  
time mula mula ada laptop dulu

Hanya ini sahaja yang sempat aku taip untuk tatapan di blog tak seberapa ni.

P/s: So, anyone knows what to do with my laptop? Format or have any choice other than format it?

PAINTBALL

Pertama kali aku bermain paintball ni sebenarnya. Aku main kat stadium Kuala Selangor. Kalau tak silap dalam bulan 2 semasa cuti taipusam tahun ni. Kat Selangor hari tu cuti umum, jadi, Ustaz Aziz yang ajak kami semua pergi cukupkan team dia masuk tournament di Kuala Selangor tu. Paintball ni tak leh main sorang-sorang, jadi gila namanya, sebab game ni kena main dalam team. Hari tu aku main satu team 5 orang. Aku, Sulaiman, 2 orang budak Puncak Alam dan Ustaz Aziz (ustaz ni jiwa muda jugak la). Misi main paintball ni ialah nak ambil bendera yang berada di kubu team lawan dan berpatah balik semula ke kubu team tu. Dari segi markah pula, team yang berjaya mengambil bendera team lawan dan membawa bendera ke kubu pertahanan team tu serta berjaya mengekalkan semua ahli team itu daripada mati (kene tembak dan ada kesan cat di mana-mana bahagian badan) maka akan dapat 100 markah. Jika ada yang mati maka markah akan ditolak 10 markah. Begitulah lebih kurang seingat aku la. Masa mula-mula nak main rasa semangat sebab first time main game ni, tapi bila dah masuk dalam tempat game ni rasa nak menyorok je kat belakang tempat bendera team aku. Takut jugak wei sebab rasa macam berada di dunia peperangan betul. Macam main ‘counter strike’ pun ade (padahal aku tak tahu main pun ‘counter strike’). Tapi yang pastinya selepas main paintball ni aku asyik terfikir keadaan saudara seislam yang berada di Palestin, Iraq, Afganistan dan negara-negara lain yang dilanda peperangan menentang orang kafir laknatullah. Bagaimana mereka berperang dengan bersungguh-sungguh untuk menegakkan Islam di negara mereka. Fikir-fikirkan.


alatan-alatan yang diperlukan


P/s: Lebam jugak la peha aku kene tembak dari belakang 2/3 das sebab aku tak perasan salah seorang team lawan dah sampai kat kubu pertahanan team aku nak ambil bendera team aku tu. Hampeh betul.

Saturday, January 1, 2011

BANTAH II

KENYATAAN RASMI
                            MEMBANTAH KEMASUKAN PELAJAR PEREMPUAN KE SMKA FALAHIAH

Kenyataan ini dikeluarkan ekoran kelulusan kemasukan pelajar perempuan bagi tingkatan satu ke Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Falahiah bermula sesi 2011. Kenyataan ini dikeluarkan adalah hasil rasa TANGGUNG JAWAB dan CAKNA kepada sebuah institusi pengajian yang telah menabur bakti semenjak tahun 1939 dan dikenali sebagai SMKA bermula tahun 1978. Sejajar dengan itu, Badan Bertindak Bekas Pelajar (BANTAH) dengan ini menyatakan 7 sebab keputusan memasukkan pelajar perempuan ke SMKA Falahiah ADALAH SILAP  dan TIDAK RELEVEN.

1)       Menyempitkan peluang pelajar lelaki ke sekolah agama berasrama khususnya dan universiti amnya.

Di Kelantan terdapat 6 buah SMK Agama, 4 daripadanya disediakan untuk kedua-dua jenis gender dan 2 buah lagi untuk gender yang berbeza. Bagi ke empat-empat SMKA tersebut jumlah posisi pelajar di dominasi oleh golongan perempuan. Situasi ini sudah jelas menunjukkan keadaan 5-1 bagi peluang pelajar lelaki. Pastinya hasrat SMKA Falahiah memasukkan pelajar perempuan adalah tindakan untuk terus menafikan peluang lebih ramai lelaki lagi ke SMK Agama khususnya dan universiti amnya.

2)      Keputusan yang mengesampingkan pandangan majoriti guru-guru di SMKA Falahiah.

Keputusan ini juga dilihat bertentangan dengan hasrat majoriti guru-guruyang mengajar di SMKA Falahiah hari ini dan bekas guru-guru. Kebanyakan dari mereka hanya mampu melahirkan protes secara diam. Ini kerana pandangan mereka telah dikesampingkan dalam isu ini dan beberapa perkara sebelum ini. Pandangan para guru amat penting untuk dihargai kerana golongan mereka lebih akrab dengan pelajar dan lebih memahami keadaan pelajar khususnya guru-guru yang telah lama berkhidmat di SMKA Falahiah.

Jelasnya situasi ini mengundang masalah serius kepada proses PnP pada masa akan datang. Perkara ini sepatutnya diberi perhatian oleh pihak pengurusan SMKA Falahiah.

3)      Keputusan memasukkan pelajar perempuan dilakukan ketika ketiadaan beberapa individu utama  pengurusan sekolah.

Keputusan besar ini juga dilakukan ketika ketiadaan beberapa individu penting dalam pengurusan sekolah. Keadaan ini telah menimbulkan tanda tanya dan keraguan tentang keseriusan pihak sekolah untuk menerima kemasukan pelajar perempuan. Atau ia hanyalah kemahuan individu tertentu sahaja dalam pengurusan sekolah.

Maklumat yang diperolehi juga menujukkan permintaan ini adalah datang dari pihak pengurusan sekolah bukannya Jabatan Pelajaran Negeri Kelantan.

4)      Keputusan yang dibuat adalah tanpa persediaan yang rapi dan teratur khususnya infrastruktur .

Adalah suatu yang menghairankan apabila keputusan seperti ini di buat. Ini kerana berdasarkan pemerhatian secara umumnya beberapa keperluan asasuntuk pelajar lelaki sahaja tidak mampu dipenuhi oleh pihak sekolah contohnya padang permainan, kemampuan masjid menampung pelajar dan guru dan dewan makan. Tiba-tiba, hari ini pihak sekolah membuat keputusan untuk memasukkan pelajar perempuan. Bagai mana agaknya cara hidup yang akan ditempuhi pelajar perempuan nanti. Wajarkah mereka untuk berkongsi padang, dewan makan, kelas dalam keadaan bersesak-sesak ?

5)      Keputusan besar ini dibuat tanpa perbincangan dengan jawatankuasa PIBG.

Pada satu sudut lain, perubahan besar seperti ini  membelakangkan jawatankuasa PIBG sekolah. Pihak PIBG juga tidak diajak berunding terlebih dahulu sebelum keputusan ini dikeluarkan. Hanya sekadar makluman sahaja. Di saat Kementerian Pelajaran Malaysia menggalakkan kerjasama erat antara pihak sekolah dan PIBG, tampaknya pihak pengurusan sekolah hari ini dilihat terlalu bersikap individualistik sehingga mengabaikan konsep bekerja secara kolektif.

6)      Keputusan kemasukan atas faktor kejatuhan prestasi  akademik adalah satu tindakan tanpa kajian terperinci.

Satu perkara yang melucukan ialah cara berfikir yang digunakan oleh pihak pengurusan sekolah apabila menjadikan faktor kejatuhan prestasi akademik sebagai faktor utama kemasukan pelajar perempuan. Pada pandangan kami sikap ini cuba menjadikan pendidikan sebagai tikus putih tanpa kajian terperinci.

Di samping itu, pihak pengurusan juga seolah-olah lupa dan tidak melihat sejarah SMKA Falahiah. Di mana kecemerlangan sebelum ini tidak pernah pun dikaitkan dengan kehadiran pelajar perempuan.

Pada kami, kejatuhan akademik adalah daripada berpunca daripada masalah pengurusan sekolah kali ini yang tidak efektif berbanding pengurusan sebelum ini dan disiplin pelajar di sekolah.



7)      Kemasukan pelajar perempuan mengikis identiti dan jati diri sejarahSMKA Falahiah sendiri.

Dalam sejarah Malaysia, persoalan identiti dan jatidiri bagi sebuah institusi pengajian yang ternama adalah suatu perkara besar dan penting. Di mana pelajar serta bekas pelajar mereka sentiasa berbangga dengan identiti serta jatidiri yang ada pada mereka. Seringkali keunikan inilah yang menjadi tanda aras bagi sebuah institusi pengajian. Contohnya Universiti Malaya sering berbangga dengan keunikan mereka sebagai universiti tertua, universiti perdana dan sebagainya. Inilah nilai dan roh kepada sebuah institusi pengajian. Sewajarnya SMKA Falahiah juga mempunyai sikap dan paradigma seperti ini.

Berasaskan 7 sebab yang dikemukan ini, pihak kami mengharapkan pihak berwajib dan masyarakat menggesa pihak pengurusan SMKA Falahiah menarik balik keputusan memasukkan pelajar perempuan. Seterusnya membuat kajian dan perancangan yang teliti dan tepat untuk memacu SMKA Falahiah ke persada yang lebih tinggi.





Disediakan oleh

Badan Bertindak Bekas Pelajar (BANTAH)

p/s: Kenyataan ini diambil dari Facebook Falahians Bantah

Monday, December 27, 2010

BANTAH

Salam kerinduan buat semua...

Mungkin semua pelajar, guru, dan bekas pelajar Falahiah sudah sedia maklum tentang kemasukkan pelajar perempuan ke sekolah itu yang mana sebelum ini hanya mengambil pelajar lelaki sahaja. Ada juga desas-sesus cerita yang tidak sedap didengar tentang kenapa kemasukkan pelajar perempuan ke sekolah Falahiah ini diluluskan... Hmm...








p/s: Gambar diambil dari Facebook Falahians Bantah


Friday, December 10, 2010

HATI-HATI

Dalil Al-Quran : "Wahai orang-orang Yang beriman! jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum Dengan perkara Yang tidak diingini - Dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) - sehingga menjadikan kamu menyesali apa Yang kamu telah lakukan."

Hari ini banyak sumber yang menyebarkan pelbagai jenis maklumat yang diingini setiap orang dari segenap sudut. Dari sebesar-besar perkara hinggalah sekecil-kecil perkara. TAPI kita harus beringat dan berHATI-HATI dengan sesetengah sumber rujukan maklumat kita itu agar kita mendapat maklumat yang betul,tepat, dan tidak tertipu.

* akhbar-akhbar harian yang dibaca pun banyak berita yang berat tidak diketahui kesahihannya, jadi pandai-pandailah kita menilai dengan hati yang tulus.

Friday, November 5, 2010

AL-KISAH

Alkisah. Seorang lelaki A datang berjumpa dengan seorang perempuan. Perempuan yang paling 'hot' di kampusnya, kerana memiliki rupa paras yang fotogeniklah katakan, cantik, menawan dan yang paling orang suka dia ni seksi dan berada. Tapi sayang, dia bkn muslim.



Saya malas mau tulis panjang lebar. So, dialog ringkas sajalah(tak juga ringkas nie). Tapi sebelum tu, biar saya bagi tau korang ciri-ciri lelaki A tu. Lelaki A merupakan anak seorang Dato' entahlah Dato' apa. Saya pun tak berapa tau. Yang penting mamat ni kaya, kacak, bergaya. Nak gi kampus pon pakai kereta mewah, dah tu ada drebar pulak. Fuih, sape tengok, melopong je lah.



Alice: Apasal awak datang nak jumpa saya?

Lelaki A: Saya dah jatuh cinta kat awak.

Alice:(memandang lelaki itu dengan sinis) sebab?

Lelaki A: Kerana awak cantik. Sesiapa yang memandang awak sekilas pasti tak puas. Sudikah awak jadi gf saya?

Alice: Tapi..

Lelaki A: Jangan risau Alice. Saya ada segala-galanya. Harta..kebahagiaan..dan apa je awak mintak, saya boleh bagi.

Alice: Maafkan saya, saya ada kuliah. (perempuan itu sengaja membuat dalih)



Seminggu kemudian. Perempuan 'hot' nie di datangi seorang lelaki lagi. Lelaki B. Yang ni, penampilan dia agak islamik'. Pakai baju Melayu siap bersongkok pulak tu. Tapi, hati dia kita tak taukan. Apa-apa pun, kenalah bersangka baik.



Alice: Ha, ada apa erk?

Lelaki B: Assalamualaikum. (ucap lelaki tu lembut)

Alice:(agak terkedu seketika) Waalaikumsalam. Kenapa awak datang nak jumpa saya?

Lelaki B: Saya...saya...

Alice: Kenapa? cakaplah..

Lelaki B: Saya jatuh cinta kat awak..

Alice: sebab?

Lelaki B: Perlukah bersebab?

Alice: Ya. Sebab saya tak pernah kenal awak, tau2 awak dah jatuh cinta..

Lelaki B: Baiklah, saya cintakan awak kerana Allah telah ciptakan perasaan cinta dalam hati saya untuk awak.

Alice: Owh. (Perempuan itu melihat jam tangannya) Maaflah, saya ada study group. Lain kali kita borak lagi.



Maka tertinggallah lelaki B keseorangan tanpa jawapan dari sang gadis itu.



Seminggu yang seterusnya, perempuan itu didatangi oleh seorang lagi lelaki. Lelaki C. Kali ini, lelaki C berpenampilan biasa dan sederhana saja. Wajahnya juga tidaklah sekacak mana namun ada sesuatu pada wajah itu. Entahlah apa. Perempuan itu mengulum senyuman manis untuk lelaki itu kerana dia pasti bahawa lelaki ini pasti akan bercakap benda yang sama.





Alice: Saya tau kenapa awak datang nak jumpa saya..

Lelaki C: (Termangu seketika) Awak dah tau?

Alice: Why not? Awak cintakan saya?

Lelaki C: Ya, saya menyintai awak.

Alice: (tersenyum sinis) Well, kenapa pulak? Sebab Allah telah menghadirkan perasaan cinta kat dalam hati awak untuk saya?

Lelaki C: (hanya mampu tunduk)

Alice: Kenapa diam? atau..awak jatuh cinta di sebabkan rupa saya..atau saya ni seksi..atau..saya ni anak orang berada..

Lelaki C: Demi Allah, semua itu tak betul.(Lelaki C berubah menjadi tegas). Ya, memang benar saya jatuh cinta kat awak tetapi bukan kerana Allah atau kerana kecantikan awak, harta awak.. saya jatuh cinta disebabkan Syaitan Durjana. Syaitan yang mendorong saya untuk mengejar awak. Kemana saja awak jalan, mata saya akan mengekori awak. Tatkala rambut ikal awak terbang ditiup angin, saya rasa perasaan saya kacau.Wajah cantik awak sentiasa datang bermain di jiwa saya pada hal saya tak menginginkannya. Saya rasa rimas dengan perasaan saya. Saya semakin hanyut. Semakin terleka.

Alice: (terkedu) Apa awak nak?

Lelaki C: Saya tak mahukan apa-apa. Mungkin hanya sekelumit simpati. Hanya kalau awak sudi. Maafkan saya, saya mohon untuk berlalu.

Alice: Nanti dulu, siapa nama awak? Macam mana saya nak tolong awak?

Lelaki C: Nama saya, ah, tak layak saya nak beritahunya kat awak. Sesungguhnya nama yang saya pinjam ini sungguh mulia. Saya pasti awak tau apa nak dibuat. Maafkan saya, saya tak sanggup nak berlama-lama di sini.. Syaitan itu sentiasa membisikkan perkara yang jahat ke telinga manusia. Salamu'alaikum.



Alice hanya melihat langkah lelaki itu tanpa sepatah kata.



Dua tahun kemudian.



Akif merehatkan dirinya di pelantar rumah sambil menghirup udara segar pagi. Tiba-tiba dia disapa oleh ibunya.



Ibu: Akif, ibu teringin nak tengok Akif berumah tangga. Akif tak de ke pilihan hati Akif sendiri?

Akif: Entahlah ibu. Susah kita nak mencari pasangan yang betul2 berdiri di atas landasan yang teguh.

Ibu: Akif, ibu faham. Memang susah nak cari orang yang seperti itu, kalau ada pun, nisbahnya kecil. Manusia makin hanyut ditelan arus dunia. Semakin moden, semakin lupa tanggungjawab kita sebagai muslim. Tapi Akif, kita juga boleh menjadi pengubah.

Akif: Ibu.. Akif faham. Insya Allah ibu, Akif akan cari seorang perempuan..jika dia tak seperti yang Akif harapkan, Akif yang akan membentuk dia, mengubah dia. Akif akan cuba laksanakan permintaan ibu.

Ibu: (tersenyum) Akif, ibu rasa, ibu sudah berkenan dengan seorang gadis ini. Dia baik dan manis juga orangnya. Pekerjaannya juga mulia. dia bekerja sebagai seorang guru di sekolah menengah agama. Ibu dah berbual-bual dengan ibu bapanya. Baik sungguh mereka itu.

Akif: Siapa dia ibu? siapa nama dia?

Ibu: Nur Alissa Zakiyyah...



Seminggu sebelum hari pertunangan. Waktu itu, Akif berada di rumah Nur Alissa Zakiyyah. Baru kali pertama Akif ke sana. Rumah yang dijejakinya ini sungguh besar dan luas. Halamannya juga menarik bersama landskap yang begitu teratur. Bunga-bungaannya memukau mata. Suasana agak hingar-bingar. Ibu Akif berada di dalam rumah mungkin sedang sibuk membantu mereka yang lain menyiapkan juadah makan tengah hari bersama.



Akif berjalan menuju ke suatu sudut di halaman itu namun langkahnya terhenti apabila terlihat seorang gadis bertudung hijau lembut sambil mengenakan pakaian baju kurung..entahlah baju kurung jenis apa yang penting ianya gubahan moden seiring mengikut zaman. Gadis itu seperti pernah dilihatnya di dalam sekeping gambar. Gambar yang diberi ibunya. Mungkinkah itu bakal tunangnya?



Akif memberanikan diri untuk menyapa gadis itu.



Akif: Assalamu'alaikum.

Alissa: Wa'alaikumsalam. (Alissa tersenyum lantas membelakangi Akif)

Akif: Awakkah Nur Alissa Zakiyyah??

Alissa: Dan awak pula Akif Rahmankan?(soal Alissa tanpa menjawab pertanyaan Akif terlebih dahulu)

Akif: ya. Akif Rahman Bin Razaq. Awak belum jawab soalan saya..

Alissa: Hum.. akhirnya...

Akif: (Akif hairan) Kenapa? Pernahkah kita bertemu atau berkenal?

Alissa: Ya.

Akif: Siapakah awak? (tanya Akif penuh kehairanan)

Alissa: Nama saya Nur Alissa Zakiyyah binti Aziz. Sayalah Alice.

Akif: (terkesima) Subhanallah. Awak dah berubah, saya langsung tak cam awak. Macam mana awak boleh jadi macam ni?

Alissa: Bukankah awak yang meminta sekelumit simpati dari saya?

Akif: Alice...(terharu..)

Alissa: Akif, saya dah jatuh cinta kat awak. Dah lama..

Akif: Sebab?

Alissa: Saya mencintai awak kerana agama yang ada pada awak...



Akif hanya tersenyum.. :)



by: iera sukri

Monday, November 1, 2010

PIALA MALAYSIA 2010 MILIK KELANTAN




Pada 31 Oktober 2010 melakar sejarah dalam diari Kelantan apabila kali pertama dapat menjulang Piala Malaysia. Tahniah buat pasukan Kelantan a.k.a. The Red Warriors.